Patutlah terik, rupanya bumi alami tempoh paling panas sepanjang tiga bulan ni

Tiga bulan lepas mencatat suhu paling panas pernah direkodkan di Bumi, menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia PBB, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Agensi PBB itu, memetik data daripada Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus EU, seterusnya mendedahkan bahawa Ogos antara bulan paling panas “dengan margin yang besar” dan bulan kedua terpanas selepas Julai 2023.

Ogos dianggarkan sekitar 1.5 darjah Celsius lebih panas daripada purata pra-industri.

Patutlah terik, rupanya bumi alami tempoh paling panas sepanjang tiga bulan ni

Ogos juga menyaksikan purata suhu permukaan laut bulanan tertinggi di dunia pada rekod 20.98 darjah Celsius.

“Planet kita baru sahaja mengalami musim panas paling panas dalam rekod. ‘Climate breakdown’ telah bermula,” kata Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dalam satu kenyataan.

BACA JUGA:

Warga TikTok puji Abdur Rahman tak lekang senyuman dalam live, ramai pakat bagi gift

Khairul Aming umum jualan Sambal Nyet cecah jutaan ringgit, netizen puji sikap ‘humble’

Anak Issey rupanya, hampir dilanggar kereta berundur terbabas di kedai kucing