Pelajar Intern kini diberi elaun minimum RM800 sebulan – PM

Pelajar Intern kini diberi elaun minimum RM800 sebulan – PM

Pelajar yang menjalani latihan industri di pejabat kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan menerima elaun perantisan minimum sebanyak RM800 sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, secara tradisinya pelatih industri tidak diberikan bayaran namun elaun itu penting terutama bagi mereka yang datang daripada keluarga tidak berkemampuan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Pelajar Intern kini diberi elaun minimum RM800 sebulan - PM

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Kementerian Kewangan secara dasar menetapkan supaya semua syarikat GLC untuk berbuat demikian terutama bagi meringankan beban pelajar daripada keluarga tidak berkemampuan dan miskin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementeri Kewangan, Putrajaya
“Saya nak merayu kepada syarikat di luar yang mengambil pelatih industri. Jadi untuk permulaan, intern (pelatih industri) memang tiada bayaran, itu betul dan ini untuk pendedahan, tetapi ada yang mereka datang daripada keluarga miskin, malah dalam beberapa dialog saya di universiti, mereka merayu, sudah habis belajar, tiada lagi pinjaman dan bantuan Perbadangan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Jadi mereka terpaksa bergantung kepada ibu bapa. Justeru, untuk kerajaan dan syarikat GLC, elaun perantisan RM800 sebulan untuk semua pelatih industri,” katanya.

Anwar berkata, cadangan itu diberikan oleh pelajar Tingkatan 6 ketika dialog bersamanya.

Pada masa sama, beliau meminta GLC yang menyediakan 35,000 peluang pekerjaan untuk mengambil lepasan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bekerja.

“Saya minta semua GLC beri laporan berkala berapa jumlah yang diambil supaya sasaran kita untuk memperolehi 35,000 pekerjaan dapat dipenuhi,” katanya.

BACA JUGA:PRN : Mad Sabu yakin sapu bersih kerusi yang ditandingi Amanah di Selangor