Pelajar maut terlibat kemalangan langgar lari – Keluarga tawar RM1,000 kepada saksi kemalangan
Keluarga seorang pelajar Tingkatan Empat yang maut dalam kemalangan langgar lari di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, Pasir Mas pada 6 Julai lalu, menawarkan wang RM1,000 kepada saksi kejadian untuk menuntut pembelaan atas kematian mangsa.
Mangsa, Fareez Fazwan Mhd Yusoff,16, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Lati, Pasir Mas pada jam 6.40 petang selang empat jam terbabit dalam kemalangan motosikal jenis Honda Dash dengan sebuah lori satu tan bermuatan gas memasak dan lori dipercayai bermuatan habuk kayu (yang dicari) pada jam 2.44 petang.
Kakak mangsa, Fairuz Fatma, 23, berkata, keluarganya mencari saksi yang melihat kejadian itu untuk tampil memberikan keterangan kepada pihak polis sekali gus dapat membela kematian anak kelapan daripada sembilan beradik berkenaan.
“Sesiapa yang melalui kawasan kejadian pada tarikh dan masa tersebut, boleh hubungi kami, balai polis atau trafik Pasir Mas untuk sebarang bukti seperti nombor plat lori serta rakaman kamera papan pemuka.
“Bagi individu yang dapat menyerahkan bukti yang betul dan terperinci, kami akan berikan RM1,000 sebagai tanda berterima kasih kerana memudahkan urusan kami dan polis,”
Fairuz Fatma berkata, saksi boleh juga menghubunginya di talian 011-16511208 atau 014-5312833 (Faiz).
Menurut wanita itu, pada hari kejadian dia berada di tempat kerja di Kota Bharu sebelum menerima panggilan abang yang bekerja di Kuala Lumpur memaklumkan terlihat perkongsian kemalangan dalam kumpulan WhatApps kejiranan.
BACA JUGA:
Sanusi bakal hilang status MB selepas PRN kelak
Syada Amzah mahu ikut jejak kakak, terbang masuk antarabangsa – Shila Amzah restu adik jadi penyanyi
Klinik swasta beri rawatan percuma? Ini satu berita yang mengejutkan”