Pelanggan dituduh ambil gambar Messi, teruk dipukul hingga cedera

Pelanggan dituduh ambil gambar Messi, teruk dipukul hingga cedera

Bekas anggota kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham terpaksa mengheret anak perempuannya iaitu Harper Seven Beckham keluar dari sebuah restoran mewah di Miami selepas berlaku pergaduhan besar.

Mirror melaporkan Victoria dan suaminya David Beckham ketika itu sedang menjamu selera bersama pemain bola sepak Lionel Messi dan isterinya, Antonela Roccuzzo di restoran berkenaan.

Pelanggan dituduh ambil gambar Messi, teruk dipukul hingga cedera

Bagaimanapun mereka terpaksa berlari meninggalkan restoran itu apabila berlaku pergaduhan besar sehingga menyebabkan seorang lelaki cedera.

Pergaduhan tercetus selepas seorang pelanggan dalam restoran itu didakwa mahu mengambil gambar Messi.

Akibat salah faham itu, pengawal keselamatan tersebut telah menendang dan menyerangnya sehingga cedera.

Menjelaskan keadaan sebenar, mangsa memberitahu rakannya hanya mahu mengambil foto keluarganya sendiri.

“Mereka (pengawal keselamatan) melompat ke arah kami, menendang saya keluar dan menumbuk muka saya.

“Semuanya disebabkan rakan saya cuba untuk mengambil gambar dengan isterinya… bukan gambar Beckham atau Messi,” katanya.

BACA JUGA:

Zul Ariffin dedah jadi aktor saat usia hampir 40-an sangat mencabar

Akibat suka kutuk orang, wanita ini disihir dan tak waras – Ini kisahnya…

Neymar buat tuntutan gila dengan Al-Hilal