Soal tahap kebersihan sesebuah kedai makan sering menjadi topik panas yang dibahaskan ramai di media sosial.
Antara isu yang dibangkitkan ialah berkaitan makanan dan kebersihan premis termasuk tandas.
Terbaharu seorang pengguna media sosial menarik perhatian netizen selepas berkongsi foto piring dan mangkuk yang digunakan peniaga.
Keadaan piring yang digunakan sebagai alas mangkuk mi celup.
Menerusi hantaran di Facebook, dia mengakui bukanlah seorang yang terlalu cerewet dan suka memperbesarkan perkara yang mungkin dianggap kecil bagi peniaga.
“Saya ni kalau salah hantar makanan atau minuman boleh je nak makan. Tak minta suruh tukar semula pun.
“Tak cerewet sangat pun. Tapi ni bab lain. Bukan nak viral tapi memang kena viral. Teruk sangat tengok ke mangkuk tu,” jelasnya dalam hantaran menggunakan loghat Kelantan.
Berdasarkan foto-foto dimuat naik, lelaki ini menunjukkan keadaan bahagian bawah mangkuk dan piring alas yang digunakan untuk mengisi mi celup yang dijual.
Kelihatan kesan berwarna warna hitam seperti lumut atau daki melitupi lebih separuh bahagian luar mangkuk.
Sementara itu dalam hantaran sama, lelaki berkenaan turut berseloroh menyatakan kotoran pada mangkuk merupakan penambah perasa kesedapan makanan dihidang.
“Patutlah sedap mi celup dia. Rempah ratus dia tu cukup rasa. Memang ‘menjadi molek’ mi celup dekat sini.
“Mungkin mangkuk guna cebok air jamban” ujarnya lagi.
Posting dibuat lelaki ini meraih perhatian netizen yang turut merasakan jijik dengan rupa mangkuk tersebut.
Rata-ratanya turut memberi cadangan supaya alatan seperti pinggan dan mangkuk di kedai tersebut digantikan dengan yang baharu.
“Tengok barang (mangkuk) tu dah macam dah guna sedekad lamanya.
“Layak duduk dalam tong sampah dah kalau mangkuk macam tu.
“Tauke nak berjimat cermat tak mahu tukar baharu. Lepas tu basuh pun main bilas macam tu je,” ujar netizen di ruangan komen.
BACA JUGA:
Patutlah terik, rupanya bumi alami tempoh paling panas sepanjang tiga bulan ni
Wanita kongsi 17 petua untuk tambah skill memasak, barulah power!
Warga TikTok puji Abdur Rahman tak lekang senyuman dalam live, ramai pakat bagi gift