Pembela kucing jangan ambil mudah perkara ini- Ketahui hukum bela kucing di dalam rumah

Pembela kucing jangan ambil mudah perkara ini- Ketahui hukum bela kucing di dalam rumah

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai persoalan adakah kucing dibolehkan untuk tinggal bersama di dalam rumah seorang Muslim.

Hal ini kerana kucing dan binatang lain mengeluarkan najis dan boleh menjejaskan kebersihan sesebuah kediaman itu.

Pembela kucing jangan ambil mudah perkara ini- Ketahui hukum bela kucing di dalam rumah

Justeru tahap kebersihan yang meragukan juga bermakna ibadah seseorang itu ada kemungkinan untuk menjadi tidak sah.

Perkara tersebut menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warga maya terutamanya komuniti pencinta kucing.

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kucing tidak dikira sebagai najis di disi Islam.

“Sesungguhnya kucing itu tidak najis kerana ia adalah binatang yang berkeliaran di sekeliling kamu” – Sunan an-Nasa’i (339).

Namun begitu, berlandaskan penerangan Irsyad al-Fatwa pula, Zulkifli mengatakan bulu seekor kucing itu adalah najis.

“Kucing merupakan haiwan peliharaan yang selalu berlengkar di kaki tuannya.

“Menurut ulama bermazhab Syafie, bulu yang tercabut daripada binatang yang haram dimakan, bulu itu adalah najis. Oleh itu, bulu yang tercabut semasa kucing itu masih hidup adalah najis.

“Walaupun begitu, bulu kucing itu adalah najis yang dimaafkan jika sedikit, kerana kucing adalah binatang peliharaan dan besar kebarangkalian bulunya merata-rata dan sukar dikawal.

“Oleh itu, jika badan, pakaian atau tempat sembahyang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah,” jelas Zulkifli.

Seterusnya, Zulkifli menjelaskan pula situasi jika seekor kucing itu datang menggeselkan badannya pada seseorang ketika dia sedang bersolat.

“Pun begitu, untuk mengelakkan daripada khilaf, sebaiknya dipastikan pakaian itu benar-benar bersih daripada bulu kucing sebelum menunaikan solat.

“Adapun sekiranya kucing datang menggeselkan badannya ketika kita sedang solat dan meninggalkan bulunya, ia dimaafkan mengikut pandangan sebahagian ulama’ Syafi‘iyyah kerana tidak dapat dielakkan,” kata Zulkifli.

BACA JUGA:

Guna 5 jenis daun ni dapat halau segala keturunan tikus dalam rumah

Rakyat tak dapat berfoya-foya sebab semua kafe wajib ditutup sebelum jam 12 malam

7 koleksi cerita lawak yang korang kena layan! Boleh gelak sampai pecah perut