Pemergian jaguh litar Hattem Rashdi, ratusan kenalan iring ke tanah perkuburan

Kehilangan jaguh litar drag Muhammad Hattem Rashdi, 22, bukan sahaja dirasai ahli keluarga dan kenalan rapat arwah, tetapi turut mendapat perhatian rakyat Malaysia terutama golongan muda.

Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, dapat dilihat orang ramai mengiringi perjalanan terakhir arwah yang meninggal dunia selepas 12 jam bertarung nyawa susulan kemalangan di litar lumba pada Ahad lalu ke tanah perkuburan.

Sebelum itu orang ratusan kenalan dan peminat sukan permotoran turut berkumpul di masjid bagi menunaikan solat jenazah.

Pemergian jaguh litar Hattem Rashdi, ratusan kenalan iring ke tanah perkuburan

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, individu yang dikenali sebagai Syazwan menyatakan arwah sememangnya disayangi ramai.

“Ramai orang sayang hang (awak) Tem. Al Fatihah,” tulisnya ringkas.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa sedih selain menyifatkan Hattem Rashdi sebagai seorang sahabat yang baik.

“Tenang dekat sana sahabatku, rehatlah sepuas-puasnya.

“Ramai sayang hang Hattem, macam tak percaya hang dah tak ada.

“Dunia permotoran, vibes brotherhoods dia memang champion dan arwah memang orang baik. Semoga diampunkan segala dosa-dosa arwah. InsyaAllah,” ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa kagum melihat orang ramai membanjiri majlis pengebumian jaguh litar drag itu.

Bukan sahaja ingin mengetahui amalannya semasa hidup malah ada yang berharap dapat merasai suasana seperti itu ketika meninggal dunia kelak.

“MasyaAllah ramainya… arwah mesti tak sombong dengan orang di sekelilingnya.

“Aku berharap sangat siapa yang mengenali aku agar melihat aku untuk kali terakhir sebelum ke negeri abadi.

“Hebat aturan Allah. Ada kelebihan dan kebaikan dia selama hidupnya, moga Allah tempatkan syurga buatmu dik,” luah sebilangan netizen lagi.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang, Alor Setar, Kedah.

Muhammad Hattem disahkan meninggal dunia selepas 12 jam bertarung nyawa akibat kemalangan di litar lumba kelmarin ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023.

Difahamkan mangsa bersama 49 peserta lain mengikuti program latihan perlumbaan yang dianjurkan MUSC Motorsport bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Komuniti Dragster di litar berkenaan.

BACA JUGA:

Trend sekarang, peniaga calit makanan pada alat sulit demi lariskan jualan

”Putih macam kertas”, warganet risau ramai obses nak putih sampai sanggup letak merkuri dekat muka

Amir Ahnaf tidak gentar apabila dikecam gara-gara nyatakan hasrat mahu cipta nama di luar negara