Peminat kecewa apabila Lee Min Ho jadi tembam

Peminat kecewa apabila Lee Min Ho jadi tembam

Perubahan fizikal pelakon Lee Min Ho yang dilihat semakin berisi ketika menghadiri acara Merz Aesthetics Expo di Thailand baru-baru ini membuatkan peminat terkejut.

Menerusi video yang tular di media sosial, pelakon berusia 36 tahun itu mengenakan baju serba putih mesra menyapa peminat.

Peminat kecewa apabila Lee Min Ho jadi tembam

Namun wajahnya yang kelihatan semakin tembam menjadi bualan hangat peminat.

Ramai membuat spekulasi penambahan berat badan pelakon itu disebabkan dia sedang berehat daripada sebarang aktiviti lakonan ketika ini.

Menjengah ke ruang komen, netizen mengatakan Min Ho sudah tidak sekacak dulu dan wajahnya kelihatan berbeza.

“Mungkin berat dia bertambah, sebab dia tengah bercuti sekarang ini.

“Walaupun nampak tembam tapi dia tetap Lee Min Ho saya!

“Biarlah dia berisi sikit, selepas ini dia boleh turunkan berat badan semula selepas mulakan projek baru,” komen netizen.

BACA JUGA:

Tular! warga asing bela ayam di kawasan perumahan,”Report semua tak jalan… Cara mudah, pergi sound depan-depan ataupun serang je”

Sanusi tak mahu bayar saman RM200 juta, yakin kenyataan benar

Nenek 90 tahun tidak mahu mati sanggup kerja demi nak kekal sihat