Pemuda Perpaduan paranoid, gesa SPRM membuat siasatan tentang dana khas RM30 juta
Pemuda Perpaduan Kelantan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Ahad bagi meminta siasatan dijalankan terhadap Kerajaan Kelantan berkait dana khas RM30 juta dalam Belanjawan 2023 kerajaan negeri itu.
Laporan itu dibuat oleh Exco Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Muhammad Zulhilmi Zamri pada jam 2.45 petang.
Menurut Ketua Pemuda Pakatan Harapan Kelantan, Hazmi Hassan, sebelum ini beliau membaca satu status di Facebook yang menyatakan terdapat keraguan berkaitan dana berkenaan.
“Ada kebimbangan besar rakyat terhadap dana yang mungkin disalah guna tujuan pilihan raya tidak lama lagi.
“Kita masih tidak tahu secara terperinci berkait perbelanjaan RM30 juta tersebut, jadi kami mohon SPRM untuk melakukan penyiasatan,” katanya selepas membuat laporan tersebut di Pejabat SPRM negeri di sini pada Ahad.
Hazmi berkata, tindakan membuat laporan itu juga bagi mengelakkan keadaan yang terjadi seperti di Terengganu sebelum ini berulang.
Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim yang mewakili Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zubir Embong berjaya membuktikan perbuatan rasuah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi.
Sementara itu, Hazmi turut menuntut penjelasan berhubung pembelian 800 hingga 900 ekor lembu oleh kerajaan negeri daripada satu syarikat pembekal bagi pelaksanaan ibadah korban pada 2021 dan 2022.
BACA JUGA:
Kebajikan wanita di naik taraf sebanyak RM235 juta – Ini penjelasan
Tiktok Sanusi telah di sekat – SKMM keluarkan kenyataan baru
Terbongkar strategi 99speedmart yang membuatkan banyak pasaraya besar bankrup