Penduduk jumpa bulu oyen terbakar, percaya terlibat nahas pesawat Elmina
Seekor kucing berbulu oren atau lebih popular dengan gelaran Oyen antara mangsa berkait nahas pesawat di Elmina, Seksyen U16 dekat sini pada Khamis lalu.
Nasib menimpa haiwan tersebut dikongsi seorang doktor veterinar bernama Zul Erwan di TikTok dengan memuat naik beberapa foto ketika merawat kucing berkenaan.
“Oyen yang berada di kawasan tragedi kapal Elmina turut tercedera.
“Pasukan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membantu menyelamatkan Oyen. Terima kasih,” tulisnya di media sosial pada Ahad.
Di ruangan komen, netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada doktor dan kakitangan KKM selain sedia memelihara kucing tersebut sekiranya tiada penjaga.
Pada Khamis, sebuah pesawat persendirian jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam mengorbankan 10 nyawa termasuk Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.
Selain enam penumpang dan dua kru dalam pesawat itu, dua lagi mangsa ialah orang awam masing-masing seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta yang berada di laluan lokasi kejadian.
BACA JUGA:
Penantian Janna Nick dan Dini bergelar ibubapa kini tiba, “Ada baby dah ke?” – Netizen
Kerana Ira Kaza, rosak susu sebelanga…Ramai boikot produk Aliff Syukri
Suasana pilu, Agong besar hati beri hadiah pada balu nahas pesawat Elmina