Pengikut ajaran Sihulk buat hal kalini cabar pihak berkuasa

Pengikut ajaran Sihulk buat hal kalini cabar pihak berkuasa

Polis Johor masih meneruskan siasatan terhadap pengikut ajaran sesat Sihulk, biarpun pengikut ajaran itu memuat naik video pengakuan tidak benar mereka dari luar negara.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya juga akan terus bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berhubung isu berkenaan.

Pengikut ajaran Sihulk buat hal kalini cabar pihak berkuasa

Beliau turut menyifatkan tindakan pengikut ajaran sesat yang terus memuat naik video pengakuan songsang mereka itu, seolah-olah mencabar pihak berkuasa dan negara.

“Kita dimaklumkan mereka (pengikut SiHulk) berada di luar negara. Pengikut ini mencabar pihak berkuasa, mencabar negara kita kerana agama islam agama rasmi kita.

“Pengakuan mereka memang songsang dan tidak boleh diterima, siasatan diteruskan terhadap mereka agar dihadapkan ke mahkamah.

“Saya nasihatkan masyarakat tidak terpengaruh dengan kumpulan ini yang jelas terpesong. Saya nasihatkan ibu bapa memerhati anak yang selalu suka lihat video seperti ini, pastikan supaya kita tidak terpesong akidah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Dua hari lalu, beberapa video pengakuan pengikut ajaran sesat SiHulk kian aktif memuat naik pengakuan mereka yang terpesong dengan mengakui Nabi Muhammad sebagai Allah.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid ada memaklumkan pengikut ajaran sesat Sihulk dipercayai membuat rakaman video dengan mengeluarkan kenyataan Allah adalah Nabi Muhammad SWT dimuatnaik di media sosial dari luar negara.

Tindakan itu menyukarkan JAINJ untuk membuat tangkapan dan penguatkuasaan lanjut terhadap pengikut ajaran SiHulk yang diasaskan Suhaini bin Muhammad yang dipercayai berada di New Zealand.

Fatwa Negeri Johor yang diwartakan bertarikh 22 Julai 2021 menyatakan bahawa ajaran Suhaini SiHulk ini adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam.

Antara penyelewengan ajaran ini ialah mendakwa Nabi Muhammad sebagai tuhan, tidak mempunyai jantina, menafsirkan sendiri sebuah hadis dengan menyatakan Nabi Muhammad tiada kemaluan.

BACA JUGA:

”Tahu- tahu dah ada 2 anak” – Ardell Aryana selamat melahirkan anak kedua dan umum jantina

Timbalan Menteri Besar mohon rakyat semak fakta sebelum sebar! Rupanya staf pejabat Air Kelantan bukan curi tulang

Sikap garang Inara Rusli punca 50 pembantu rumah lari – Ini respon Inara