Perbuatan terkutuk mentua terbongkar,”patutlah rasa diri ni bodoh, rupanya…”

Membina rumah tangga yang bahagia tidak hanya berpaksikan kepada kesefahaman pasangan suami dan isteri semata-mata, sebaliknya turut membabitkan hubungan dengan mentua.

Namun acap kali kita dengar tentang pergolakan yang berlaku dalam masyarakat membabitkan mentua dan menantu perempuan.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, ramai yang terkejut dengan pendedahan membabitkan seorang wanita dikenali sebagai Ain yang didakwa menjadi mangsa perbuatan sihir mentuanya sendiri.

Perbuatan terkutuk mentua terbongkar, tundukkan menantu pakai nasi kangkang

Kisah malang Ain diceritakan semula di akaun TikTok, Rawatan Islam Negeri Sembilan yang dikendali Ustaz Hasnan untuk pengajaran bersama.

Kata pengendali akaun itu, perbuatan terkutuk berkenaan terbongkar apabila Ain yang tinggal sebumbung dengan mentuanya berpatah balik ke rumah setelah dia keluar bekerja untuk mengambil telefon bimbit.

Pada ketika itulah dia tahu kebodohannya selama ini merupakan kesan perbuatan sihir ibu kepada suami tersayang.

“Dah sampai rumah, dia nampak mak mentua mengangkang atas nasi yang tengah berasap.

“Luruh hati masa tu. Terus Ain tersedar rupanya dia diperbodohkan selama ini. Allahuakbar,” tulis Hasnan pada video yang dikongsikan.

Menurut Hasnan, Ain mengakui berasa pelik dengan diri sendiri kerana terlalu tunduk dan akur dengan permintaan mentuanya untuk diberikan wang ringgit dalam jumlah besar.

“Patutlah selama ni dia (mentua) minta apa pun dia (Ain) bagi walaupun terpaksa pakai duit modal… sampai licin dalam simpanan nak back up duit modal.

“Masa dia minta, Ain turutkan saja macam ‘pak turut’ walaupun dalam hati sedih sebab itu duit modal. Bukan sekali tapi dah banyak kali,” kata Hasnan.

Ujar Hasnan lagi, Ain memberitahu wang diminta ibu mentuanya bukanlah sedikit sebaliknya hingga mencecah lima angka.

“Bukan RM100 hingga RM200 dia minta. RM50,000 sekali minta.

Nilai diminta ibu mentua bukanlah dalam jumlah yang sedikit.

“Sampai mentua suruh gadai gelang emas dan kereta untuk bagi kat dia. Ain pun turutkan saja seolah-olah dipukau dan tak boleh nak buat apa,” katanya lagi.

Untuk makluman, sihir nasi kangkang biasanya merupakan perbuatan bagi menundukkan suami yang dilakukan oleh si isteri.

Perbuatan itu bagi memastikan suami sentiasa berada di bawah telunjuk si isteri agar segala impian yang diingini dapat dicapai.

Harus diingat perbuatan menggunakan sihir adalah berdosa besar dan dilaknat Allah.

Hanya kepada Allah sahaja tempat untuk setiap manusia memohon bantuan dan perlindungan.

Islam mengajar umatnya untuk membaca beberapa ayat suci al-Quran sebelum tidur bagi mengelak gangguan sihir manusia dan iblis iaitu ayat al-Kursi, surah Al-Falaq, An-Nas dan Al-Ikhlas masing-masing sebanyak tiga kali.

Umat Islam juga digalakkan berwuduk sebelum tidur dan membaca ‘Bismillahirahmanirahim’ sebanyak 21 kali.

BACA JUGA:

Trend sekarang, peniaga calit makanan pada alat sulit demi lariskan jualan

”Putih macam kertas”, warganet risau ramai obses nak putih sampai sanggup letak merkuri dekat muka

Amir Ahnaf tidak gentar apabila dikecam gara-gara nyatakan hasrat mahu cipta nama di luar negara