Pokok tumbang hempap kereta, dua beradik kehilangan ibu,bapa dan adik

Pokok tumbang hempap kereta, dua beradik kehilangan ibu,bapa dan adik

Tiga maut, dua cedera dan lima selamat dalam kejadian pokok tumbang menghempap dua kenderaan di Kampung Bukit Cina, Kok Lanas, malam ini.

Dalam kejadian jam 8.04 malam itu, mangsa, suami isteri dan anak bongsu meninggal dunia di tempat kejadian.

Pokok tumbang hempap kereta, dua beradik kehilangan ibu,bapa dan adik

Mangsa maut adalah, Nik Amirah Ab Rahman, 40, suami, Nik Mohd Zulmi Ramli, 44 dan anak, Nik Aishah Azzahra, 5 tahun yang menaiki kereta Nissan Sentra.

Sementara dua anak lain, Nik Adilia Zulaikha, 11 dan Nik Adam Zarif, 9 cedera dan dibawa ke Hospital Machang.

Sementara, pemandu kereta Honda City, Shamsiemon Mukhtar, 53 dan isteri, Jahnilawati Mohd Zain, 52 dan tiga anak, selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

BACA JUGA:

“Syukur Alhamdulillah, tahniah Jejai”, Nora Danish ucap tahniah kepada Jejai kini membawa gelaran Datuk

Fatin Afeefa selamba tunjuk duit ‘berkepok’ ikat pakai getah, netizen risau jadi sasaran peragut

Tular! wanita leka main telefon bimbit hingga tak perasan eskalator berhenti – Bahaya main telefon bimbit semasa berjalan