Polis syak bateri kereta punca kapal kargo terbakar, penumpang bijak terjun laut selamatkan diri
Sebuah kapal kargo membawa 2,857 kereta terbakar di perairan Belanda ketika ia dalam perjalanan dari Jerman menuju ke Mesir, lapor Reuters.
Salah seorang daripada 23 anak kapal terkorban dan sebahagian mereka turut melompat ke laut untuk menyelamatkan diri ketika api sedang marak.
Tidak lama selepas itu, sebuah helikopter dihantar untuk menyelamatkan kru yang berada di atas bot.
Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan mengenai punca kebakaran kapal berkenaan.
Menurut pegawai pengawal pantai yang enggan mendedahkan identitinya, kebakaran bateri kereta elektrik (EV) disyaki menjadi punca kebakaran tersebut.
Untuk rekod, kapal kargo itu membawa 25 kereta elektrik, 350 kereta Mercedes-Benz dan selebihnya kereta yang tidak didedahkan jenamanya.
Bateri kenderaan elektrik berpotensi menyebabkan kebakaran, tetapi bahayanya adalah rendah dan sama dengan risiko kebakaran kenderaan biasa.
BACA JUGA:
Lizzo disaman sebab buat gangguan seksual pada pekerja
“Keras kepala” boleh buat rayuan tapi minta maaf tak boleh – Amelia
Lebih senang lepas ni! Tiada ujian komputer untuk ambil lesen memandu bakal berkuatkuasa