PRN : Mad Sabu yakin sapu bersih kerusi yang ditandingi Amanah di Selangor
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mengesahkan parti itu tidak memperuntukkan kerusi yang banyak untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Bagaimanapun, beliau yakin kerusi-kerusi yang dipertandingkan calon parti itu akan membawa kemenangan.
“Amanah bertanding tidak banyak… Tetapi tempat yang kami bertanding itu yakin menang,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Kemajian Johor Tenggara (Kejora) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) di sini pada Khamis.
BACA JUGA:Menu durian yang wajib korang cuba