Rakyat Malaysia hati kering biarkan Abang Toyota tolak kereta tengah highway

Rakyat Malaysia terkenal sengan sikap pemurah kerana sentiasa ada untuk menghulurkan sumbangan mahupun menderma kepadan insan yang memerlukan.

Sikap tersebut dapat dilihat menerusi video yang dikongsikan di halaman Facebook baru-baru ini, memaparkan kebanyakan pemandu enggan berhenti bagi membantu sebuah kereta yang rosak di lorong kedua lebuh raya berkenaan.

Bukan itu sahaja, mereka juga dilihat sebolehnya enggan masuk campur meskipun mengetahui sikap itu akan mengakibatkan jalan yang mempunyai empat lorong itu mengalami kesesakan jika kereta tersebut tidak dialihkan.

Rakyat Malaysia hati kering biarkan Abang Toyota tolak kereta tengah highway

Melihatkan tiada yang tampil membantu, seorang lelaki yang merupakan pemandu sebuah treler di laluan kereta rosak berkenaan bertindak memberhentikan kenderaannya.

Dia kelihatan bertanyakan pemandu kereta jenis sedan tersebut tentang masalah dihadapi sebelum membantu menolak kenderaan dari lorong kedua ke bahu jalan.

Bagaimanapun, sepanjang tempoh itu tiada pemanu yang berhenti untuk membantu atau cuba meminta kenderaan-kenderaan dari belakang berhenti sebentar.

Bahkan video memaparkan kesemua kenderaan yang melalui jalan tersebut bukan sahaja meneruskan perjalanan masing-masing tetapi sanggup menggunakan lorong kecemasan berbanding berhenti memberi bantuan.

Disebabkan kejadian ini, video perkongsian seorang pelayar Facebook menjadi tular sehingga mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Geram pula aku tengok kereta-kereta yang tak berhenti bagi laluan… sanggup masuk emergency lane.

Rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang kerana tiada pengguna jalan raya yang ingin turut membantu meskipun melihat hanya seorang sahaja yang menolak kereta ke tepi.

“Yang lain tu tak ada hati dan perasaan… dah brother tu tolak pun masih boleh jalan tak berhenti langsung. Geram tengok sikap pengguna yang tiada hati nak tolong tu.

“Sikap tolong menolong ni bukan semua orang mampu buat kerana ia digerakkan oleh Allah dan niat pada hati setiap individu tu yang auto terus tolong.

“Kenderaan sebelah kiri langsung tak nak bagi ruang… mereka tak belajar pemanduan berhemah?

“Good job bro! Geram pula aku tengok kereta-kereta yang tak berhenti bagi laluan… sanggup masuk emergency lane,” ujar beberapa netizen.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman masing-masing sehingga terpaksa menghubungi rakan sendiri berikutan tiada pengguna jalan raya yang tampil membantu.

“Terbaik, moga sentiasa murah rezekinya. Saya pernah kehabisan minyak tengah jalan dengan anak-anak, tak ada seorang berhenti tanya kenapa. Terpaksa telefon kawan dari jauh untuk belikan minyak.

“Terbaik bang! Salute, zaman sekarang susah nak jumpa orang macam abang ni terutama waktu puncak pagi atau petang… mereka lebih suka merakam dari menolong,” tambah beberapa warga maya lagi.

BACA JUGA:

’Tahniah kepada awak dan takziah untuk ibu bapa awak…’, cikgu kecewa pelajar hantar kertas kosong lepas peperiksaan

Rupanya boleh bersalin dalam air, ramai mak-mak yang tak tahu kan? Ini manfaatnya

Dah selalu kemas pun bau tak hilang-hilang! Ketahui 4 cara wangikan rumah anda