Rakyat panik harga barang naik mendadak, Salahuddin Ayub nafi harga barang naik – “Bila masa harga barang naik?”

Rakyat panik harga barang naik mendadak, Salahuddin Ayub nafi harga barang naik – “Bila masa harga barang naik?”

Kenaikan hampir semua barangan keperluan termasuk bukan kawalan menyebabkan pengguna yang sudah terkesan dengan kos sara hidup tinggi pada masa ini semakin terbeban.

Peniaga kuih tradisional, Nor Aziah Abdullah, 53, mengakui dia turut terbeban dengan kenaikan pelbagai barangan keperluan yang meningkat ketara kira-kira 50 peratus sejak awal tahun ini.

Rakyat panik harga barang naik mendadak, Salahuddin Ayub nafi harga barang naik - “Bila masa harga barang naik?”

“Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perniagaan saya merosot teruk sangat berbanding semasa PKP.

“Tiba-tiba saja semua harga barang mendadak naik yang bukan sikit-sikit kenaikan. Ibarat RM100 dulu nilainya macam RM50 pada zaman sekarang.

“Macam tepung naik kepada lebih RM70 seguni berbanding dulu baru RM42 saja begitu juga dengan gula (guni),” katanya kepada Harian Metro.

Bagi pencinta kucing, Afiq Shazwan On, 30, berkata, kos keperluan untuk lima anak bulusnya juga mengalami kenaikan ketara sejak lebih setahun lalu.

“Jika dulu dengan RM400 saya boleh beli 14 kilogram (kg) makanan kucing untuk sebulan dan pasir untuk penggunaan tiga minggu bagi lima ekor kucing saya.

“Sekarang, RM400 itu saya cuma boleh dapat makanan kucing untuk sebulan dan saya perlu tambah lagi RM120 untuk pasir. Kos itu belum termasuk rawatan jika kucing sakit dan lain-lain yang juga semakin naik harga.

“Bagi saya harga makanan dan kos pemandulan kucing paling perlu dikawal kerajaan kerana ia satu keperluan utama untuk pencinta kucing seperti saya,” katanya.

Selain itu, suri rumah Noor Baizurah Mohamad Rusni, 33, berkata, harga keperluan seperti susu formula, lampin pakai buang, kelengkapan dan peralatan sekolah untuk lima anaknya juga semakin meningkat.

“Dulu pada tahun 2020 ke 2021 harga lampin pakai buang anak cuma RM37 ke RM38 sekarang mencecah RM45 ke atas untuk sebungkus.

“Begitu juga susu formula, daripada RM25 untuk 900 g sekarang RM29 dan susu khas untuk anak yang menghidap kanser pula cecah RM100 berbanding RM75 kepada RM78 untuk 800 g sebelum ini.

“Barang sekolah pun mahal, lebih-lebih lagi ada anak ramai macam saya ini memang terkesan kerana hampir setiap minggu juga ada barang yang perlu dibeli untuk aktiviti seni anak di sekolah.

“Saya harap sangat kerajaan dapat mengawal harga keperluan ini kerana kami rasa terbeban dengan kenaikan harga barang sekarang,” katanya.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen Facebook Harian Metro, kebanyakan netizen turut mengeluh tentang kenaikan pelbagai barangan lain seperti beras, alat ganti kenderaan, bahan binaan, penjagaan diri serta peralatan elektrik.

Pemilik akaun FB, Azrul Haris berkata, dia menyedari barangan kosmetik, minyak wangi, ubat gigi serta pencuci muka mengalami kenaikan tinggi.

“Yang sebelum ini bawah RM15 dah jadi lebih RM20,” katanya.

Bagi Incik Aremier Incik Amier pula berkata, barangan bukan saja mengalami kenaikan tinggi, malah kuantiti dan berat semakin berkurangan.

“Sudahlah mahal kuantiti dan berat dikurangkan macam mi segera dari 90 gram (g) kepada 81 g sekarang tinggal 71 g.

“Macam sabun serbuk dari 2.3 kg sekarang dah tinggal 1.9 kg. Banyak lagi lah (barang lain),” katanya.

BACA JUGA:

Warganet sebak tengok aksi lelaki dan anak-anak kemas barang arwah isteri di pejabat

Viral wanita pekerja stesen minyak curi perhatian netizen, “Serius lah dia macam tu?”

Masyhallah indah nama putera kedua Neelofa dipetik dari Al-Quran