Ramai rakyat Kelantan tidak pulang mengundi – Ahmad Yakob
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bersyukur selepas Pas dapat membentuk kerajaan dengan selesa walaupun ramai anak perantau tidak pulang mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Beliau berkata, perkara tersebut juga menjadi penyumbang kepada peratusan keluar mengundi kurang daripada 70 peratus.
“Kemungkinan yang menyebabkan susut peratusan mengundi ialah faktor anak-anak perantauan tidak pulang.
“Bagaimanapun kami bersyukur pada ALLAH dan mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Kelantan,” katanya
Sebelum itu beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan, telah mengumumkan kemenangan PN di Dataran Medan Ilmu, di sini.
Pada PRN kali ini Pas menang 43 daripada 45 kawasan yang dipertandingkan pada PRN kali ini.
Gabungan Pakatan Harapan (PH) mencipta kejuatan apabila merampas kerusi DUN Kota Lama menerusi calonnya Dr. Hafidzah Mustakim.
Sementara BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Galas apabila penyandangnya Mohd. Syahbuddin Hasyim terus diberi mandat untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Pas menang 37 kerusi DUN Kelantan sementara BN (8).
Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamad keluar dari BN dan menyertai Bersatu.
BACA JUGA:
Niat nak ‘surprise’ anak sulung tapi lain yang jadi lepas ibu ambil video, netizen sebak
Pakaian Mimi Peri buat netizen tertanya-tanya ” Mimi ni lelaki ke perempuan”
Fify Azmi berkeras mahu berpisah, difitnah tak puas enjoy punca tak jadi kahwin