Buat anda yang merupakan peminat susu, pasti pernah dengar mengenai salah satu jenis susu dipanggil kefir milk atau susu kefir. Kefir milk adalah minuman yang ditapai, secara tradisional dibuat menggunakan susu lembu atau susu kambing.
Proses pembuatannya juga dimasukkan biji kefir ke dalam susu dan ini bukan bijirin-bijirin biasa, tetapi koloni seperti bijirin bakteria yis dan asid laktik yang kelihatan seperti kembang kol. Dijual dengan harga yang mahal, rupanya kefir milk ini boleh dimasak sendiri!
MANFAAT ‘KEFIR MILK’ , MINUMAN POWER YANG RAMAI TAK TAHU!
Ada satu perkongsian di laman Twitter @ibjela apabila saudara ini telah mengamalkan minum susu kefir atau kefir milk ini setelah sekian lama. Susu yang seakan-akan yogurt ini merupakan antara ‘super food’ yang masih ramai tidak tahu. Katanya, mempunyai khasiat yang lagi tinggi!
Satu hidangan 1 cawan kefir rendah lemak mengandungi :
Protein: 9 gram
Kalsium: 24% daripada nilai harian (DV)
Fosforus: 20% daripada DV
Vitamin B12: 29% daripada DV
Riboflavin (B2): 25% daripada DV
Magnesium: 7% daripada DV
Vitamin D: 12% daripada DV
Dalam perut kita, ada probiotic atau bakteria baik yang membantu penghadaman dan buat kita jadi sihat. Kita selalu dengar ni dekat iklan Vitagen, Yakult, etc. Tapi minuman-minuman ni sebenarnya banyak gula, dan gula adalah perosak utama gut health. Maka apa yang bagus untuk perut sebenarnya?
Personally, aku akan suggest kefir kalau korang pilih yoghurt sebagai minuman kesihatan. Kefir ni boleh masuk kategori power food sebab benefit dia sangat banyak dan sesuai untuk almost anybody.
Cumanya harga mahal sikit la, dalam RM35/L. Minum 3/4 kali habis dah. Costly la untuk amalkan everyday. Maka dekat sini nak share dengan anda, macam mana nak dapatkan kefir yoghurt dengan harga dalam RM7/L sahaja, dan gerenti kefir anda adalah the best quality.
KENA ADA IBU SUSU KEFIR, BUAT SENDIRI..
Iaitu dengan buat sendiri. Senang je, mula-mula anda kena ada ibu kefir tu, pastu bubuh saja dalam susu dan biarkan.
-Ha ni yang saya punya. Dua-dua bekas susu ni aku bubuh kefir grain pastu biar kat room temperature for about 16 hours, dan boleh nampak yang kanan tu dah curdle dan ada air separated kat bawah.
-Yang kiri pun sama cuma yang kiri tu aku dah shake shake. Lepas dah shake shake tuanglah ke dalam mangkuk bersama penapis, supaya kefir grain tu separated dari yoghurt dan boleh digunakan lagi for next batch.
-Sambil-sambil tuang tu selawatlah sekali supaya bila minum nanti kurang kebebalan di jiwa.
-Ini some of my kefir grain. Dah berapa ratus kali aku guna aku dah lupa dah. Bagi-bagi dekat organ pun ada. Kakak aku yang bagi dulu.
-Kefir ni benda hidup, so dia membiak dan akan jadi makin banyak if done right.
-How it works adalah kefir ni akan break down dan amplify khasiat susu tu into kefir yoghurt yang lebih banyak manfaatnya kepada kita berbanding susu biasa.
-Bila dah siap tapis, tuang lah dalam botol untuk simpan dalam fridge untuk minum everyday.
-Pastu mangkuk-mangkuk yang digunakan tu bilaslah dengan air minuman pastu minum air kefir tu, refreshing!
Tengok ni, 2L kefir yoghurt yang homemade, bermodalkan susu segar Farm Fresh yang hanya berharga sekitar RM15. Kalau nak beli kefir yoghurt banyak ni, dah RM70. So banyak mana dah jimat? Also aku buat benda ni dah banyak kali dah tau.
Imagine dah banyak mana aku jimat dan sangat berbaloi-baloi. Tapi satu aku nak bagitahu, kefir ni acquired taste tu. Rasa dia masam dan tajam, bukan macam yoghurt biasa.
*Nampak macam sedap kan? Kalau harga mahal, jom kita buat sendiri kefir milk ini di rumah!
BACA JUGA:
Gadis kongsi detik cemas dengan lipas, mula- mula dia merayap di badan lepastu ghaib!
Lelaki dedah rezeki mencurah-curah lepas buat benda ni walaupun rasa geli
Rumah sempit pun boleh deco nampak luas! Ini 5 tips para suri rumah boleh cuba