Ramai terhibur cara atuk bawak ‘oyen’ jalan-jalan di Ekspo Kucing

Ramai terhibur cara atuk bawak ‘oyen’ jalan-jalan di Ekspo Kucing

Gelagat dan telatah kucing yang sering dipanggil ‘oyen’ ini memang menarik perhatian ramai kan? Walaupun terkenal dengan sikap kucing ‘pembuat masalah’, ramai yang tak boleh tahan geram kalau nampak si comel ini di depan mata!

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang atuk berserban datang ke sebuah ekspo kucing di Mid Valley Megamall bersama ‘oyen’ peliharaannya yang menarik perhatian ramai.

Ramai terhibur cara atuk bawak ‘oyen’ jalan-jalan di Ekspo Kucing

Korang boleh lihat sendiri dalam video di bawah, si oyen itu dapat perhatian orang sekeliling sebab ia kelihatan selamba duduk di atas serban atuk berkenaan. Amboi-amboi!

Disebabkan gelagat comel dan tenang kucing tersebut, ramai pengunjung ekspo mengambil kesempatan untuk bergambar dengan mereka.

Malah ramai juga yang membandingkan sikap kucing mereka dengan si oyen yang kelihatan sangat beradab dan tidak melompat ke sana sini.

“Kucing dia pun nampak muka baik2 macam muka orang beramal soleh”
Rata-rata netizen cair melihat kecomelan kucing berkenaan sehingga ada yang mengatakan kucing itu pun kelihatan berwajah warak seperti tuannya.

BACA JUGA:

Wanita tabah hidap ekzema kulit terkoyak penuh kesakitan

Penampilan Putera kedua Thailand pulang selepas 27 tahun mengejutkan rakyat

Kerajaan beri berita baik kepada pesawah, harga dari RM360 per tan naik RM500 per tan