Remaja lelaki cedera parah tertusuk buluh panjang

Remaja lelaki cedera parah tertusuk buluh panjang

Perut seorang pelajar tingkatan satu tembus dipercayai tertusuk buluh apabila motosikal yang ditungganginya terlanggar belakang trak pikap muatan bahan tersebut yang diparkir di tepi Jalan Gua Musang-Jeli di Jambatan Pulau Setelu di sini, pada Selasa.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Mohammad Ammar Hazriq Zuhan, 13, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara dikatakan mengalami kecederaan parah selepas tertusuk buluh berukuran dua meter sehingga menembusi perutnya.

Remaja lelaki cedera parah tertusuk buluh panjang

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan untuk memancing dari rumahnya di Kampung Pulau Setelu.

“Setiba di lokasi kejadian, mangsa telah terlanggar belakang sebuah trak pikap dengan muatan buluh yang sedang diparkir di tepi jalan.

“Salah satu batang buluh berukuran dua meter telah tertikam menembusi perut pelajar terbabit,” katanya semasa dihubungi pada Rabu.

Menurut beliau, mangsa telah dibawa oleh orang awam ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Dalam perkembangan lain, Choon Foo memberitahu pengguna jalan raya diingatkan supaya lebih berhati-hati semasa menjalankan kerja-kerja di laluan jalan raya dengan memberi isyarat secukupnya kepada pengguna yang lain.

BACA JUGA:

Nassuruddin diangkat jadi MB Kelantan

Sebab degil pakai helmet, rider ditembak polis

Wanita berdepan detik cemas dimana dia diintip dan dirakam oleh lelaki di tandas awam