Malang tidak berbau.
Hujung minggu yang tenang tiba-tiba bertukar kecoh apabila sebuah kereta mengundur secara tiba-tiba di sebuah medan selera di Pantai Puteri, Melaka, pada Sabtu.
Dalam kejadian itu, lebih 10 pelanggan sedang duduk di meja makan sebelum Toyota Avanza berkenaan merempuh mereka, namun kesemua mangsa dilaporkan selamat.
Kereta itu dipercayai dipandu remaja berusia 16 tahun dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian berkenaan turut tersebar di media sosial.
Berdasarkan siasatan awal, Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit berkata ibu remaja itu memintanya memanaskan enjin, namun dia tertekan pedal minyak dan mengubah kepada gear undur.
“Kereta itu kemudian bergesel dengan kereta di parkir bersebelahannya. Ia merempuh beberapa pelanggan dalam medan selera tersebut namun mujur mereka sempat mengelak.
“Mungkin ada yang tercedera, tetapi belum datang buat laporan dan tiada buat rawatan di hospital, jadi kami tidak dapat sahkan berapa yang cedera.
“Kita juga telah mengambil rakaman CCTV dari gerai makanan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
BACA JUGA:
Khairul Aming pecah rekod gegar pentas TikTok Awards Malaysia 2023
Rakan gurau kasar gigit cuping telinga masa mengaji sehingga putus
Ramai tak tahu ‘power food’ boleh buat sendiri dekat rumah, banyak manfaat jika amalkan