Resepi donut versi buah peach viral! Letak bahan ni baru jadi
Hari demi hari ada sahaja makanan viral yang muncul di laman sosial. Terbaharu, resepi donut peach ini menjadi tarikan warganet.
Menurut perkongsian Che Azawimie Che Zahari, donut ini rasanya lemak-lemak masin dan gebu. Memang mudah nak buat, jom kita cuba!
RESEPI DONUT PEACH VIRAL, LEMAK-LEMAK MASIN
DONUT PEACH
Bahan-bahan asas:
1kg tepung gandum
700ml susu uht
2 sudu besar shortening
1 biji telur
1 sudu besar gula kastor
2 sudu besar yis
2 sudu kecil garam
1 sudu besar perisa tebu
1 sudu kecil pewarna kuning telur
1 sudu kecil pes red velvet
1 blok salted butter
Cara penyediaan:
1. Campur semua bahan di atas kecuali butter. Kalau adunan lembik boleh tambah tepung.
2. Uli sehingga sebati dan rehatkan doh.
3. Timbang doh setiap sebiji 30gm dan bulat-bulatkan. Masukkan salted butter sebagai inti.
4. Rehatkan doh untuk kali kedua dan tekap sedikit sehingga kelihatan sedikit garisan memanjang seakan buah peach.
5. Tekan bahagian tengah doh dan rehatkan sehingga kembang.
6. Goreng dalam minyak yang banyak menggunakan api perlahan sahaja.
Toskan dan tunggu sehingga sejuk. Gaulkan ke dalam gula yang dicampur susu tepung.
Sedia untuk dhidangkan. Nak lagi sedap boleh makan panas-panas.
BACA JUGA:
Perasaan Gembira bertukar sedih dalam sekelip mata,Ini pengorbanan seorang ibu