Resepi jimat mangga smoothie pembuka selera, guna 3 bahan je!

Resepi jimat mangga smoothie pembuka selera, guna 3 bahan je!

Jom cuba resepi mangga smoothie untuk berbuka puasa nanti. Sedapnya minum selepas seharian menahan dahaga dengan cuaca panas yang membahang.

Satu gelas minuman ini boleh mencecah RM15 jika beli di kedai. Kalau nak minum satu keluarga lebih baik buat sendiri saja, baru lagi puas hati.

Resepi jimat mangga smoothie pembuka selera, guna 3 bahan je!

Seperti yang ramai tahu, mangga mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan. Berikut merupakan manfaat buah mangga:

Mengatasi masalah pencernaan
Membuat usus lebih sihat
Menurunkan paras kolestrol
Meningkatkan daya imun badan
Agen anti oksidan
Kaya vitamin C
Baik untuk gastrik
Bagus mencegah kanser
Baca juga: Jom Buat Air Vanilla Blue Yang Padu, Rasa Sama Macam Air Balang Di Bazar!

RESEPI MANGGA SMOOTHIE MUDAH GUNA 3 BAHAN
resepi mangga smoothie
Bahan-bahan:
Buah mangga
Susu segar
Susu pekat

Cara-cara:
1. Cuci bersih dan kupas buah mangga. Kemudian potong kecil-kecil.

2. Masukkan buah mangga yang sudah dipotong tadi ke dalam pengisar.

3. Seterusnya tuangkan pula susu segar.

4. Kemudian masukkan susu pekat manis dan kisar sehingga sebati.

resepi mangga smoothie

5. Tuangkan ke dalam cawan yang berisi ais.

6. Letakkan hirisan mangga sebagai hiasan. Ubah kuantiti bahan mengikut jumlah air yang anda inginkan. Selamat mencuba!

BACA JUGA :Rupanya duit haram boleh dihalalkan, Ustaz Azhar Idrus dedah cara nak guna duit haram