Resepi nasi goreng cili kering lejen! Cara paling pantas tapi sedap menjilat jari
Pernahkah korang mahukan hidangan yang boleh membuatkan korang terbang ke masa dulu? Hidangan yang mengingatkan korang kepada masakan nenek di kampung misalnya.
Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Goreng Cili Kering Zaman Dulu, Hidangan Lejen Yang Sedap!
Bahan Tumbuk / Kisar:
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Bahan-Bahan Lain:
nasi sejuk
sejemput belacan bakar
sejemput ikan bilis
5 tangkai cili kering
petai – optional
2 biji telur ayam – optional
2 ekor ikan goreng yang telah dicarik isi – optional
garam
ajinamoto
Cara Penyediaan:
Panaskan kuali & tumis bahan tumbuk.
Kacau sehingga naik bau. Kemudian masukkan belacan bakar, ikan bilis dan cili kering. Biarkan cili kering sedikit garing.
Masukkan pula telur ayam. Biarkan berketul sedikit baru dikacau.
Masukkan nasi sejuk dan kacau sebati.
Perasakan dan masukkan isi ikan goreng.
Kacau sekata dan biarkan nasi sedikit kering.
Masukkan petai dan kacau. Bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidang.resipi Nasi Goreng Cili Keringresipi Nasi Goreng Cili Kering
Nak lagi sedap, hidangkan Nasi Goreng Cili Kering sekali dengan ayam goreng atau telur mata. Memang sedap rasanya! Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Selamat mencuba dan menikmati!
BACA JUGA:
Viral mak nyah dan pengkid disatukan sebagai suami isteri lepas 5 hari kenal
Genap 9 tahun tragedi MH17 masih belum selesai – Waris tetap mahu keadilan