RM 1000 bantuan kewangan akan dibayar pada Julai ini

RM 1000 bantuan kewangan akan dibayar pada Julai ini

Terdapat pelbagai jenis bantuan berbentuk kewangan yang disalurkan kepada rakyat daripada pihak kerajaan.

Salah satunya adalah bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberikan bantuan setiap bulan kepada rakyat yang layak.

BANTUAN BULANAN JKM
JUMLAH BANTUAN
TARIKH BAYARAN
SYARAT KELAYAKAN
CARA PERMOHONAN
BANTUAN BULANAN JKM

Pelaksanaan bantuan bulanan JKM ini telah sedia ada sejak dulu lagi dan masih diteruskan sehingga tahun ini.

RM 1000 bantuan kewangan akan dibayar pada Julai ini

Terdapat 9 jenis bantuan yang tersenarai dalam bantuan bulanan tersebut termasuklah bantuan kanak-kanak, bantuan anak pelihara, bantuan warga emas dan bantuan am negeri.

JUMLAH BANTUAN
Jumlah bayaran bantuan bulanan adalah berbeza mengikut jenis bantuan dan syarat-syarat yang lain.

Sebagai contohnya, untuk Bantuan Kanak-Kanak maksimum bagi sebuah keluarga adalah RM 1,000 sebulan sekiranya jumlah anak yang layak melebihi daripada yang ditetapkan.

Bantuan Anak Pelihara – RM 250
Bantuan Warga Emas – RM 500
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya – RM 450
Bantuan Am Persekutuan – RM 100
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja – RM 300
Bantuan Penjagaan OKU / Pesakit Kronik Terlantar – RM 500
Bantuan Latihan Perantis – RM 200

TARIKH BAYARAN
Bayaran bantuan ini akan dibayar setiap bulan kepada individu yang layak.

Bantuan ini sentiasa dibayar pada awal bulan di antara 1 hingga 10 hari bulan termasuklah Julai ini.

SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan yang diperlukan adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan yang anda ingin memohon.

Tetapi, syarat kelayakan utama bagi setiap bantuan adalah

Warganegara Malaysia
Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
CARA PERMOHONAN
Sekiranya anda ingin membuat permohonan, anda boleh terus walk in ke kaunter atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdekatan kawasan anda.

BACA JUGA:pelbagai kesalahan libatkan sitaan RM1juta direkodkan