Rupanya Sayfie Naswip sedang derita, tak dapat munculkan diri sekarang

Pelakon Syafie Naswip selamat menjalani pembedahan membuang apendiks di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara baru-baru ini.

Syafie, 31, berkata, dia sebelum ini mengalami kejang perut selain sukar bernafas sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan sebelum disahkan mengalami masalah apendiks.

“Perjalanan yang sukar. Ia satu pengalaman yang bagus bila difikirkan kembali.

Rupanya Sayfie Naswip sedang derita, tak dapat munculkan diri sekarang

“Satu kenangan yang menakutkan untuk diingati. Kejang perut selama dua hari… Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.

“Setiap malam setiap saat beralih ke sana ke sini sebab sakit sampai sesak nafas,” katanya.

Syafie berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaparkan dirinya semasa berada di hopsital.

Menerusi perkongsian tersebut dapat dilihat Syafie yang kelihatan lemah dan tidak berdaya semasa dimasukkan ke hospital berkenaan dan kembali tersenyum apabila dibenarkan pulang.

Dalam pada itu, Syafie memberitahu dia mengalami masalah itu disebabkan tabiatnya yang gemar makan makanan pedas.

Pembedahan membuang apendiks juga menjadi pengajaran buatnya untuk lebih menjaga pemakanan selepas ini.

Malah dia juga mengakui pengalaman tersebut memberi pengajaran berharga buat dirinya.

“Itu semua salah saya sebab ketagih makan masakan pedas sejak kecil.

“Tapi aku belajar banyak benda selama empat hari kuarantin di hospital,” luahnya.

BACA JUGA:

Usahawan suami isteri mandikan anak dengan air Evian, tak mahu guna air paip sebab…

”Engko ni bengap ke”, ramai terhibur dengar bebelan cikgu memandu viral

Harimau Malaya perlu tunjuk taring sebenar dengan China