Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery berkongsi perjalanan kisah hidupnya sebelum bergelar seorang content creator atau pencipta kandungan.
Menerusi hantaran video di TikTok, Ryan berkata dirinya mula berjinak membuat konten di media sosial ketika negara dilanda pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu.
Jelas Ryan, dia menggunakan platform media sosial untuk mengembangkan lagi perniagaan popia dan ikan beta yang diusahakan selepas dibuang kerja.
Saya ingin kongsikan sedikit tentang perjalan hidup saya menjadi seorang content creator atau pencipta kandungan.
Semuanya bermula ketika waktu pandemik di mana saya telah diberhentikan kerja disebabkan kegagalan ekonomi.
Demi kelangsungan hidup, saya mula membuka perniagaan kecil dengan menjual popia dan ikan beta. Saya meniaga di mana? Di tanah kelahiran saya di Manjung, Perak.
Semasa saya berniaga itu, saya terfikir macam mana lagi mahu tambah pendapatan. Dari situ terdetiklah dalam hati saya untuk jadi seorang content creator.
Saya mulakan dengan apa sahaja yang ada ketika itu, janji dapat buat konten.
Menurut Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, isterinya Elyia Ibrahim turut memberi sokongan dan menjadi tulang belakangnya.
Kemudian sedikit demi sedikit, isteri saya juga menyokong dengan up grade barangan agar lebih mudah untuk menghasilkan konten.
Tambah pempengaruh berusia 28 tahun itu lagi, dia juga tidak menyangka apabila konten yang disajikan diterima baik oleh orang ramai sekali gus telah mengubah kehidupannya.
Dalam masa sama, Ryan bersyukur dan berterima kasih kepada TikTok dengan kejayaan yang telah dikecapinya sehingga hari ini.
Alhamdulillah, usaha membuahkan hasil. Dengan menjadi content creator dapat mengubah hidup saya. Terima kasih TikTok dan semua yang selama ini menyokong dan menyukai konten yang saya sajikan.
Tanpa kalian semua, saya tidak berada di sini (berjaya) hari ini, terima kasih.
Selain itu, Ryan juga cukup dikenali dengan karakter budak sekolah dengan muka berbedak comot.
Ryan tercalon dalam kategori Popular Creator Of The Year, Anugerah TikTok 2023. Turut sama dalam ketegori tersebut ialah Dr Bengee, Alexhkf, Sofyank, Gigi Cheoh dan Its Jovynn.
Anugerah TikTok 2023 yang julung kalinya diadakan di Malaysia bakal dipancarkan secara langsung dari Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC) bermula pukul 9 malam ini menerusi siaran langsung di TV3.
BACA JUGA:
Ramai tak tahu ‘power food’ boleh buat sendiri dekat rumah, banyak manfaat jika amalkan
Rakan gurau kasar gigit cuping telinga masa mengaji sehingga putus
Gadis kongsi detik cemas dengan lipas, mula- mula dia merayap di badan lepastu ghaib!