Sakit hati bila hujung karpet bergulung, Ini cara berkesan luruskan karpet jadi mcm baru

Permaidani atau karpet adalah salah satu aksesori yang mencantikkan ruangan dalam sesebuah kediaman.

Namun karpet yang sudah lama terhampar kebiasaannya akan mula kelihatan bergulung atau terlipat di bahagian bucunya, sangat sukar untuk diratakan kembali.

Apabila terjadinya begini, anda boleh terjatuh jika kaki tersadung pada permaidani yang bergulung tersebut, sangat bahaya lebih-lebih lagi apabila ada kanak-kanak yang suka berlari-lari di dalam rumah.

Sakit hati bila hujung karpet bergulung, Ini cara berkesan luruskan karpet jadi mcm baru

Melalui satu hantaran di TikTok oleh Julespitch, dia berkongsikan cara untuk meratakan atau menghilangkan kesan lipatan serta gulungan permaidani.

Anda hanya memerlukan kain lembap dan seterika, sungguh mudah caranya!

Langkah-langkah meratakan permaidani yang terlipat

1) Ambil kain atau tuala basah, letak pada bahagian karpet yang terlipat

Letakkan kain basah pada bahagian karpet yang bergulung atau terlipat.

2) Panaskan seterika dan gosok pada bucu karpet yang dialas kain lembap tadi

Seterika pada bahagian karpet yang bergulung.

3) Gosok sehingga karpet yang bergulung itu lurus semula

Jenis seterika yang digalakkan untuk digunakan.

Peringatan tambahan, adalah digalakkan untuk menggunakan seterika ‘ceramic soleplate’ kerana suhunya adalah lebih mesra fabrik dan tidak akan merosakkan permaidani.

Kini permaidani anda akan lebih ‘sedap’ mata memandang tanpa ada kesan gulungan atau lipatan yang tidak sepatutnya.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

BACA JUGA:

Tanaman anda diserang serangga perosak? Wanita kongsi cara buat perangkap serangga perosak

Kisah komposer penting abad ke-20 cipta lagu untuk Malaysia tapi tak digunakan

Anda alami masalah kelemumur? Ini cara hilangkan kelemumur hanya guna satu bahan