Sanggup jual Isteri demi wang – Buka bisnes khidmat telefon akhirnya isteri melacur di hotel

Sanggup jual Isteri demi wang – Buka bisnes khidmat telefon akhirnya isteri melacur di hotel

Terdesak kerana kesempitan wang, seorang suami berusia 26 tahun tergamak menjual isterinya untuk dijadikan pemuas nafsu lelaki hidung belang.

Pendedahan kes ini bermula selepas pihak polis mendapat maklumat mengenai kegiatan pelacuran di sebuah hotel.

Sanggup jual Isteri demi wang - Buka bisnes khidmat telefon akhirnya isteri melacur di hotel

Kejadian berlaku di Sentani di Jayapura, Indonesia.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Polis Jayapura, Fredrickus WA Maclarimboen dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jayapura, Sugarda AB Trenggono dalam sidang media, pada Selasa.

Menurut polis, pekerja seks di hotel itu didapati merupakan isteri kepada seorang ‘bapa ayam’.

Dikatakan, pada awalnya pasangan suami isteri itu datang dari Sorong ke Sentani pada Jun lalu dengan tujuan untuk membuka bisnes yang menawarkan perkhidmatan telefon bimbit.

Bagaimanapun, hasrat tersebut tidak kesampaian sehingga suspek memujuk mangsa iaitu isterinya yang berusia 25 tahun supaya melacurkan diri.

“Mangsa mengikut kehendak suspek kerana kesempitan wang,” katanya.

Susulan laporan yang diterima, Fredrickus berkata, polis menahan pasangan suami isteri berkenaan pada 8 Julai lalu di sebuah hotel di Sentani.

“Kita berjaya mendapatkan bukti berupa satu unit telefon bimbit dan kondom,” katanya.

Menurutnya, suspek ditahan dan berdepan dengan pertuduhan mengikut akta berkaitan keganasan seksual dan pemerdagangan orang yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.

Sebagai peringatan, perbuatan tersebut adala salah dari segi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya.

BACA JUGA:

Ibu ghairah bercinta sanggup dera anak sampai mati bersama teman lelaki akhirnya ditahan

Bapa tampil buat laporan anak hampir maut sebab dipijak berkali-kali dengan teman lelaki

Fizz Fairuz ajak PU Syed tonton Mat Tudung Begins – Ini respon padu PU Syed