Senior sekolah belanja aksi ganas, pelajar tingkatan 3 jadi mangsa

Senior sekolah belanja aksi ganas, pelajar tingkatan 3 jadi mangsa

Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Gunung Rapat di sini mengalami kecederaan selepas dipercayai dibuli oleh seorang pelajar Tingkatan Lima, Isnin lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata laporan polis telah dibuat di Kuala Lumpur oleh penjaga pelajar itu pada hari yang sama.

Senior sekolah belanja aksi ganas, pelajar tingkatan 3 jadi mangsa

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara.

“Kedua-dua pelajar lelaki terlibat merupakan atlet sepak takraw. Saya difahamkan mangsa ditendang dan dipijak oleh pelajar senior berkenaan.

“Pihak sekolah telah pun memohon kepada penjaga untuk mengambil pelajar (mangsa) ini dibawa balik ke rumah untuk mendapat pemeriksaan lanjut dan juga diberi cuti atas faktor keselamatan,” katanya kepada pemberita di Bangunan Perak Daruk Ridzuan di sini hari ini.

Khairudin berkata pihaknya sedang menunggu laporan penuh daripada pihak pengurusan sekolah berhubung kronologi kejadian dan tahap kecederaan mangsa serta tindakan yang akan diambil terhadap pelajar yang memukul mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan berkata pihaknya telah menerima laporan daripada ibu mangsa pada Isnin dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Pelajar yang membuli mangsa telah dikenal pasti dan masih bersekolahan di tingkatan lima namun diarahkan oleh pihak sekolah supaya tidak menetap di asrama sekolah sementara menunggu siasatan dalaman pihak sekolah,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini, pihaknya telah merakam percakapan tiga orang saksi dan kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat dan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya.

BACA JUGA:

Gadis jadi umpan gerai nasi berlauk, “Patutlah ramai sanggup beratur rupanya…”

Penurunan harga petrol sebanyak 10 sen bukti kerajaan mahu ringankan beban rakyat

SPRM sita harta RM98 juta milik seorang Datuk terlibat penyeludupan barang haram