Kesan gigitan serangga memang boleh buat badan rasa tidak selesa dan gatal-gatal. Kini, anda tak perlu risau sekiranya ingin melegakan tubuh dari gigitan serangga kerana terdapat banyak kaedah alternatif yang mudah sementara hendak pergi berjumpa doktor.
Di bawah terdapat 7 petua mudah bersumberkan bahan masakan dari ruang dapur anda yang dikongsikan oleh Puan Ana Mahabu. Salah satunya adalah menggunakan bawang merah dan siapa sangka ia boleh membantu melegakan rasa tidak selesa akibat kesan gigitan serangga yang dialami.
CARA MUDAH LEGAKAN GIGITAN SERANGGA
Petua untuk hilangkan rasa gatal dan tak selesa kena gigit serangga! Anda boleh pakai mana-mana satu petua di bawah ini yang mudah bagi anda.
1. Kulit kayu manis
Sama macam petua rawat kesan gigitan pepijat sebelum ini, anda sentiasa boleh pergi cari kulit kayu manis dekat dapur.
Ambil serbuknya.
Campur sedikit air masak.
Sapukan pada kesan gigitan.
Biarkan selama sejam.
Atau asah kayu manis pada belakang batu tumbuk sambal campur sedikit air boleh juga.
2. Letak ketul ais
Anda boleh juga ambil ketul ais yang ada dekat dalam peti sejuk di rumah.
Balut ais dengan plastik.
Pedapkan pada kesan kena gigit.
Tempat itu akan jadi kebas dan rasa gatal atau tak selesa akan hilang.
3. Buah betik
Kalau kebetulan rumah anda ada buah betik, lagi senang.
Potong secebis buah betik itu
Letakkan pada kesan kena gigit serangga tu.
Biar lama dekat situ.
Kesan itu akan lega.
4. Tenyeh bawang merah
Dekat dapur mesti ada bawang besar atau bawang merah bukan!
Ambil bawang, kupas atau potong.
Sapukan atau tenyeh saja pada kesan gigitan serangga.
Kesan gatal akan hilang.
5. Daun pudina
Jika ada daun pudina segar, anda boleh tenyehkan pada kesan gigitan serangga itu. Ini dapat berikan kesan lega sementara yang berkesan pada tempat rasa gatal.
6. Uncang teh
Kalau baru saja bancuh teh guna uncang teh, lagi mudah.
Ambil uncang serbuk teh tu.
Letakkan saja pada kesan kena gigit serangga tu.
Insha Allah akan rasa lega.
7. Aloe Vera
Biasanya dekat rumah kampung orang suka tanam pokok Aloe Vera. Ada lendir dalam daun aloe vera tu.
Ambil lendir aloe vera.
Sapukan saja pada kesan kena gigitan, Insha Allah lega.
BACA JUGA:
Tak masuk akal, Peminat hadiahkan Shah Rukh Khan sebidang tanah di bulan