Seorang pemandu kereta larikan diri selepas meragut nyawa penunggang motosikal

Seorang pemandu kereta larikan diri selepas meragut nyawa penunggang motosikal

Seorang pemandu kereta disyaki melanggar lampu isyarat merah di persimpangan Jalan Nibong 17-Jalan Daya, Taman Daya, di sini, sehingga mengakibatkan kemalangan maut, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata nahas itu membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dengan motosikal jenis Yamaha 135 LC.

Seorang pemandu kereta larikan diri selepas meragut nyawa penunggang motosikal

Beliau berkata, perlanggaran itu menyebabkan seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang menunggang motosikal terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu kereta terbabit pula sedang dikesan kerana dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Raub berkata, hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku ketika mangsa menunggang motosikal sendirian dari arah Taman Daya menghala ke Setia Indah.

“Setiba di lokasi, sebuah Proton Saga dipercayai melanggar lampu isyarat merah dan merempuh motosikal terbabit.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal berkenaan tercampak ke atas Jalan Nibong 17 dan mengalami pelbagai kecederaan.

“Mangsa kemudian disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Sultan Ismail (HSI),” katanya.

Sehubungan itu, Raub berkata, pihak polis memohon pemandu kereta terbabit dan orang awam yang melihat kejadian, untuk tampil memberikan maklumat di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bharu Selatan, atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zulpaka Bambo melalui talian 014-8861791.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Shamsul Khomari Bakar, berkata penunggang motosikal itu dikenali sebagai Iskandar Amirul Aiman Zulkafli, 23.

Beliau berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan jalan raya itu pada jam 11.56 malam tadi.

BACA JUGA:

Bekas orang kanan Muhyiddin dedah Seri Perdana luar nampak cantik tapi dalam teruk

Kembara Mahkota Johor 2023 kembali bertemu rakyat Sabtu ini

Berpolitik tak gunakan akal sampai Kerabat Diraja pun dipetik..Ini melampau