Sering terkena sihir atau gangguan?, ini 4 tumbuhan boleh pagar diri dari serangan sihir

Sering terkena sihir atau gangguan?, ini 4 tumbuhan boleh pagar diri dari serangan sihir

Segelintir masyarakat hari ini dilihat tergamak bersikap lempar batu sembunyi tangan.

Hanya kerana perasaan dengki yang bersarang di hati, amalan santau dan sihir menyihir digunakan dengan harapan dapat menghancurkan kehidupan seseorang.

Sering terkena sihir atau gangguan?, ini 4 tumbuhan boleh pagar diri dari serangan sihir

Penyihir pula boleh jadi seorang rakan karib atau ahli keluarga mangsa.

Oleh itu, wajar untuk anda bersiap siaga dengan sebarang kemnungkinan dengan mengambil langkah untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara tidak diingini.

Melalui satu perkongsian di TikTok, pengamal perubatan Islam, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra berkata anda boleh ‘memagar’ diri daripada serangan sihir dengan menanam empat jenis pokok ini di rumah.

1. Pokok durian belanda

Pokok durian belanda boleh ditanam terus di atas tanah atau di dalam pasu dan saiznya tidak perlu besar, cukup sekadar ada.

Menurut perawat itu, pokok durian belanda boleh digunakan sebagai ikhtiar untuk melemahkan sihir dan mematahkan ilmu hitam tersebut daripada mendatangkan bahaya.

Perlu diingat, pokok durian belanda ini hanyalah satu jalan usaha, pengharapan yang sepenuhnya harus diletakkan kepada Allah SWT.

2. Pokok bidara

Perawat tersebut berkata pokok bidara ada disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW sebagai antara kaedah untuk memerangi sihir.

Selain itu, air yang dicampur dengan daun pokok bidara kebiasaannya akan digunakan untuk memandikan jenazah.

Seterusnya, perawat itu menitipkan pesanan khas kepada wanita yang sedang datang haid atau nifas, disarankan juga untuk membersihkan diri menggunakan air mandian daun pokok ini.

Ini kerana, dalam keadaan wanita sedang mengalami uzur syarie, tubuh mereka menjadi lemah dan gangguan mudah untuk menyusup masuk.

Air mandian daun pokok bidara dengan izin Allah SWT boleh membentuk pendinding pada diri daripada makhluk yang boleh mendatangkan mudarat pada jasad dan dalaman.

Cara untuk membuat air mandian daun pokok bidara adalah cukup mudah. Pertama, ambil daun pokok itu mengikut sukatan nombor ganjil seperti bilangan tujuh atau 21.

Kemudian, gumpalkan atau ramas daun ke dalam air. Ketika mandi, niatkan kepada Allah supaya ikhtiar ini dapat melindungi kita daripada bahaya sihir.

3. Pokok limau nipis

Sama seperti pokok bidara, air mandian buah limau nipis juga boleh dijadikan usaha untuk menggagalkan cubaan sihir.

4. Pokok limau purut

Menurut pengamal perubatan Islam, air mandian daun pokok limau purut juga sangat berkesan untuk melindungi dan memulihkan mangsa sihir.

BACA JUGA:

3 sahabat kena tipu dengan suasana asrama, akhirnya tak tahan nak hadap terus pindah sekolah

Merokok bahayakan kesihatan, ini perkongsian produk alternatif bebas asap

Prestasi ringgit kekal lebih tinggi berbanding dolar AS