Sharifah Sakinah mahu nampak lain dari yang lain, selamba pakai tanjak dekat dada

Fesyen yang digayakan oleh pelakon, Sharifah Sakinah di Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) di Park Royal Collection, mencuri perhatian warganet sekaligus menjadi bualan panas.

Menerusi video di TikTok, Sakinah menjadi model memperagakan koleksi daripada jenama tempatan di pentas KLFW pada Rabu.

Membawa konsep ‘Pahlawan’, aktres berumur 34 tahun itu tampil dalam persalinan kedua dengan memakai top yang dipercayai diinspirasikan daripada tanjak berona kelabu metalic serta mengenakan skirt pendek berwarna rona yang sama.

Sharifah Sakinah mahu nampak lain dari yang lain, selamba pakai tanjak dekat dada

Bagaimanapun, penampilan pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired telah mengundang kecaman daripada warganet. Rata-rata pengguna media sosial kurang senang melihat tanjak dipakai di bahagian payu dara.

Selain itu, ada juga segelintir netizen yang kecewa kerana kesopanan pakaian melayu telah hilang.

Dalam pada itu, wargamaya turut memberi cadangan untuk mengambil tindakan terhadap jenama terbabit kerana sudah keterlaluan dalam berfesyen.

BACA JUGA:

Malang tak berbau! Remaja lelaki mahu isi minyak tapi digilis treler

Ali Puteh degil tak mahu bayar hutang tapi ‘try hard’ pujuk Hidayah guna motosikal

Makkah alami hujan ribut, kilat sambar menara jam