Shell App rasmi dilancarkan. Isi minyak lebih selamat
Shell baru sahaja melancarkan aplikasi baru mereka dengan nama Shell Asia secara rasminya hari ini.
Aplikasi ini mampu membayar minyak tanpa perlu berurusan di kaunter dan turut menyertakan integrasi mata ganjaran Bonuslink.
Bukan itu sahaja, pengguna hanya perlu memasukkan nombor pam minyak dan memilih amaun yang anda inginkan.
Tambahan, pengguna aplikasi ini juga boleh memilih baucar yang ingin digunakan untuk setiap transaksi dan membuat pembayaran menerusi kad debit atau kad kredit.
Selain dari kegunaan untuk pengisian minyak, ia juga boleh menebus mata ganjaran Bonuslink untuk pembelian barangan dari kedai Shell Select.
Sementara itu, aplikasi Shell Asia ini tersedia untuk Apple Store dan juga Google Play Store yang membantu pengguna untuk mencari stesen Shell dengan kemudahan tertentu seperti pengecasan EV Shell Recharge, stesen yang dilengkapi pembayaran minyak secara RFID, kemudahan lain seperti surau, penukaran minyak, Costa Coffee dan pelbagai lagi.
BACA JUGA:
Hairul Azreen tak mahu berlakon lagi, Malbatt filem terakhir