Shila Amzah tak hargai peminat sebab panggil mereka toksik? Merajuk dituduh gemuk

Tiada angin tiada ribut, penyanyi Shila Amzah mengambil keputusan untuk berehat daripada menggunakan media sosial buat sementara waktu.

Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, menjelaskan tindakan itu dibuat selepas merasakan media sosial sebuah platform yang toksik buat dirinya.

“Saya akan berhenti bermain media sosial untuk sementara waktu.

Shila Amzah tak hargai peminat sebab panggil mereka toksik? Merajuk dituduh gemuk

“Ia telah menjadi tempat yang agak toksik untuk saya.

“Jadi saya chow (pergi) dulu. Jaga diri semua orang dan semoga menjalani hari yang baik,” katanya.

Walaupun tidak menjelaskan secara spesifik punca dia mahu berehat menggunakan media sosial namun tindakan itu difahamkan ada kena mengena dengan kemunculannya di Konsert HausBoom Music 2023 pada Ahad.

Ia susulan Shila menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan pakaiannya yang dikatakan tidak bersesuaian dengan penampilannya yang bertudung.

BACA JUGA:

Wanita jadi gila lepas ‘break up’ dengan boyfriend, tak mahu terima kenyataan

Wanita Malaysia terkandas di Hospital Barli, tak sangka boleh kena penyakit ni masa tengah bercuti

Janna Nick ‘warning’ suami sampai nangis teresak-esak