”Siapa punya idea ni?” – Netizen persoal hasil kerja pelajar sekolah
Waktu zaman kita sekolah dulu, banyak perkara-perkara yang kreatif yang kita buat. Dengan bantuan cikgu-cikgu juga, kita dapat banyak idea yang lebih kreatif untuk menjayakan sesuatu perkara.
Begitulah juga dengan yang berlaku dalam video yang min nak share dengan korang hari ini.
Ada satu video sekumpulan pelajar mengenakan costume unta sempena sambutan Bulan Panitia Pendidikan Islam. Korang tengok lah video @zuraazura1389 kat bawah ni, kreatif betul.
Memang tak dinafikan, idea untuk mengenakan costume unta ni memang sangat kreatif. Sekali imbas memang jadi lah macam unta. Siap dengan bonggol lagi tu.
Kesian dengan dua orang pelajar yang jadi bonggol tu. Tapi pujian harus diberikan untuk team yang berjaya buat costume unta tu.
Rasanya tak pernah dibuat orang lagi costume unta dengan dua bonggol guna pelajar sekolah. Kreatif betul kan siapa yang ada idea nak buat tu.
Bagus cikgu-cikgu di sekolah ni. Kreatif untuk menjayakan aktiviti sekolah. Yang penting pelajar-pelajar lain pun terhibur.
Netizen semua bagi pujian. Tak kurang juga yang kata comel dengan unta tu. Memang terbaik lah cikgu-cikgu dan pelajar yang terlibat.
BACA JUGA:
Akhirnya Masya Masyitah buka tudung, netizen pula perli wajah persis ‘barbie’
Ekonomi Madani rancakkan perubahan positif di Malaysia
Hujung minggu tidak tahu nak masak apa…Ini solusinya Sotong Sumbat Telur Masin