Sikap isteri berubah lepas bersalin, suami ceraikan isteri ikut cakap mak “Sikit-sikit cerita pada mak..padahal salah sendiri”
Ibu bapa sering dijadikan tempat rujukan meskipun anak-anak sudah mempunyai kehidupan masing-masing.
Bagaimanapun, kadang kala nasihat yang diberikan itu cenderung memberikan kesan negatif apabila ia melibatkan hubungan antara anak dan menantu.
Seperti yang dilalui seorang lelaki ini, ibunya meminta dia menceraikan isteri hanya kerana tidak mendapat layanan sewajarnya.
Walhal, pada ketika itu emosi isterinya berada dalam keadaan tidak stabil disebabkan baru lepas bersalin.
Memulakan cerita, dia berkata, perkahwinannya dan isteri belum lagi mencecah usia setahun.
“Isteri memang ada depression dan anxiety yang perlu dirujuk ke doktor mengikut temujanji yang ditetapkan.
“Bulan Julai baru-baru ini dia bersalin dan sejak itu perangainya berubah… lebih banyak diam, menangis dan kadang kala membenci anak sendiri,” luahnya di halaman Facebook.
Malah katanya, isterinya sudah tidak seceria seperti awal perkahwinan.
Disebabkan bimbang keadaan isteri yang seperti meroyan, dia mengajak ibunya datang tinggal bersama.
“Apabila mak saya datang dan jaga dia dalam pantang selama tujuh hari, mak ada terasa dengan sikap isteri yang banyak diam.
“Disebabkan itu, dia meminta saya menceraikan isteri. Malam kejadian pula, isteri tiba-tiba menjerit dan menangis kerana tertekan.
“Bimbang menjadi lebih buruk, saya masuk ke bilik dan memarahinya tetapi dia marah saya balik,” katanya lagi.
Selepas kejadian tersebut, ibunya terus pulang ke kampung halaman.
Lebih menyedihkan apabila ibunya turut memberi kata dua sama ada memilih isteri mahupun dirinya.
Bukan itu sahaja, jika dia tidak bercerai, ibunya tetap dengan pendirian untuk tidak berbaik dengan isteri.
“Sekarang saya dilema. Saya perlu pilih isteri atau mak… isteri pun masih dalam pantang.
“Berbanding isteri, saya gemar menceritakan apa yang berlaku kepada keluarga sedangkan dia hanya mendiamkan diri,” katanya.
Dia yang tidak mengetahui punca masalah dalam hubungan turut beranggapan apa yang berlaku berpunca daripada sihir pemisah.
Perkongsian masalah itu membuatkan warga maya tampil memberikan pandangan masing-masing.
Tidak kurang juga yang meluahkan rasa marah kerana dia bersikap seperti ‘anak mak’ yang sanggup mengikut telunjuk meskipun memberi kesan buruk dalam perkahwinan.
“Tak sedar mak awaklah punca isteri meroyan… awak lelaki dah kahwin, ada tanggungjawab pada isteri dan anak. Selagi isteri masih taat, awak kena dahulukan keperluan isteri.
“Kau jantan, jadi jantan jaga bini (isteri). Sudah pilih dari awal nak jaga dia, jangan buat aniaya anak orang.
“Sikit-sikit cerita pada mak… tak bolehkah masalah rumah tangga jangan ceritakan pada mak? Dah meroyan macam tu, jagalah elok-elok dan bukan cepat percayakan cakap mak,” luah beberapa warga maya.
BACA JUGA:
Pembela kucing jangan ambil mudah perkara ini- Ketahui hukum bela kucing di dalam rumah
Rakyat tak dapat berfoya-foya sebab semua kafe wajib ditutup sebelum jam 12 malam
Wanita tak sangka rumah dijadikan stor, pengurus kondo beri alasan tak masuk akal