SPRM sita harta RM98 juta milik seorang Datuk terlibat penyeludupan barang haram
Ahli perniagaan bergelar Datuk bersama kuncunya telah ditahan bersertakan wang tunai bernilai RM38 juta, emas seberat anggaran 200 kilogram yang dianggarkan bernilai RM60 juta serta 17 biji kereta mewah. Rampasan itu dibuat dalam Op 82S yang diadakan secara besar-besaran pada Isnin lepas.
Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia – Multi Agency Task Force (MATF) diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan operasi besar-besaran itu sekali gus melumpuhkan satu sindiket rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.
Penahanan tersebut disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. Katanya, sebanyak 34 lokasi serbuan dilakukan secara serentak di Kuala Lumpur dan Selangor membabitkan kekuatan 315 pegawai pelbagai agensi.
“Operasi yang diberi nama Op 82S adalah kes pertama dijalankan di bawah Pasukan Petugas MATF yang dipengerusikan Peguam Negara.”
“Operasi itu dijalankan dengan kerjasama enam agensi penguatkuasaan lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Siber Sekuriti Malaysia (CSM).”
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967.
BACA JUGA:
Teman wanita maut selepas motosikal ditunggang terbabas akibat leka rakam aksi mesra.
Baby Shima propa nak bertanding PRN, rupanya sekadar gurauan
”Kenapa tak terus tangkap The 1975 macam kes Sanusi?” – Ini penjelasan Datuk Seri Ayob Khan