Suri rumah terdesak membuat laporan palsu disamun telah didenda

Suri rumah terdesak membuat laporan palsu disamun telah didenda

Seorang suri rumah didenda sebanyak RM1,800 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, kerana membuat laporan palsu kononnya disamun dalam kejadian Selasa lalu.

Majistret, Saiful Sayoti menjatuhkan hukuman itu ke atas Hafeeza Syuhada Abdul Hamid, 37, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan menetapkan tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

Suri rumah terdesak membuat laporan palsu disamun telah didenda

Mengikut kertas pertuduhan, Hafeeza Syuhada dituduh telah membuat laporan palsu bahawa dia telah disamun di tepi Jalan Juaseh – Kuala Pilah, di sini, oleh dua lelaki yang tidak dikenali.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Balai Polis Kuala Pilah pada 11 Julai lalu kira-kira pukul 1.51 tengah hari mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi sebelum itu memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh kerana telah membuat laporan palsu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon agar denda dikurangkan memandangkan dia mempunyai kengkangan kewangan, selain memohon Majistret tidak mengenakan hukuman penjara serta sekatan perjalanan.-

BACA JUGA:

Kelab Arab terkenal disekat membeli pemain baru – FIFA

Wani Hasrita kongsi nama anak buat netizen heboh

Punca kerajaan meletakkan harga getah terlampau rendah menyebabkan penoreh getah terpaksa meminjam wang RM120 hanya untuk melihat keputusan STPM anak