“Syukur Alhamdulillah, tahniah Jejai”, Nora Danish ucap tahniah kepada Jejai kini membawa gelaran Datuk

“Syukur Alhamdulillah, tahniah Jejai”, Nora Danish ucap tahniah kepada Jejai kini membawa gelaran Datuk

Pelakon popular Nora Danish, 41, menitipkan ucapan tahniah buat bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang dikurniakan darjah kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-64.

Berita itu dikongsi bekas ibu mentuanya, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah menerusi hantaran di laman Instagram (IG) miliknya.

"Syukur Alhamdulillah, tahniah Jejai," Nora Danish ucap tahniah kepada Jejai kini membawa gelaran Datuk

Menerusi ruangan kapsyen di IG Puan Sri Raja Noora itu, pelakon jelita itu turut berkongsi kegembiraan dengan keluarga bekas mentuanya itu.

“Tahniah Toh Muda Datuk Rizal,” tulisnya.

Bekas suami Nora, Rizal turut membalas ucapan terima kasih kepada pelakon itu di ruangan kapsyen IG ibunya itu.

Turut mengucapkan tahniah buat Jejai adalah ibu Nora yang juga bekas ibu mentua Jejai.

“Syukur Alhamdulillah, tahniah Jejai,”tulisnya.

BACA JUGA:

Tular! wanita leka main telefon bimbit hingga tak perasan eskalator berhenti – Bahaya main telefon bimbit semasa berjalan

Doktor gigi swasta jumpa calon isteri! gara-gara iklankan diri di sosial media

Pengundi muda dijangka sumbang lebih 50 peratus undian dalam PRN