Tahanan lari hospital berjaya diberkas polis
Tahanan penjara yang dilaporkan melarikan diri di Hospital Sungai Bakap di sini, pada Isnin telah berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Ng Ah Thiam berkata, lelaki berusia 54 tahun itu ditahan di Jalan Pantai, Butterworth kira-kira jam 8.45 pagi pada Selasa.
“Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan bersama pasukan dari Penjara Seberang Perai telah berjaya menahan lelaki berkenaan.
“Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang telah memberikan kerjasama,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.
Seorang tahanan penjara dilaporkan melarikan diri di Hospital Sungai Bakap, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Ng Ah Thiam berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.56 petang daripada seorang warden penjara.
Menurutnya, tahanan lelaki bernama Nordin Ahmad, 54, melarikan diri di Wad Kuarantin Tibi, Hospital Sungai Bakap.
“Semasa meloloskan diri, tahanan tersebut memakai kemeja t kelabu dan seluar pendek hitam.
BACA JUGA:
Skandal REE Kedah : Tular surat mohon pas pekerja warga China oleh Sanusi
Syada Amzah mahu ikut jejak kakak, terbang masuk antarabangsa – Shila Amzah restu adik jadi penyanyi
Viral mak nyah dan pengkid disatukan sebagai suami isteri lepas 5 hari kenal