Jika sebelum ini tular di media sosial tentang kerenah murid sekolah yang menulis catchphrase ‘Sebab Boleh’ pada ruangan jawapan di kertas ujian, kini kecoh pula tentang kisah seorang guru yang kecewa apabila ada pelajarnya yang tidak menjawab langsung soalan ujian.
Guru tersebut telah meninggalkan komen “Semua soalan tidak berjawab. Tahniah untuk awak!” pada bahagian depan kertas ujian terbabit.
Gambar komen guru tersebut kemudiannya dikongsikan di platform media sosial X (dahulunya dikenali sebagai X) sebelum menjadi perhatian warganet.
Difahamkan, komen guru tersebut pada yang ditulis pada kertas ujian itu sebelumnya dikongsikan di status WhatsApp.
Menerusi kapsyen pada status WhatsApp itu juga mengatakan bahawa pelajar atau pemilik kertas ujian itu juga sering tidur di dalam kelas.
Guru tersebut juga dilihat seperti risau dengan masa depan pelajar itu kerana pelajar itu bukannya berasal dari keluarga yang kaya.
Walaupun ada yang berpendapat ayat guru itu agak kasar, namun rata-rata netizen mengatakan budak-budak zaman sekarang memang layak ditegur sebegitu kerana ramai yang malas belajar.
BACA JUGA:
Gadis kongsi rahsia cantik kena makan burung merpati, betul ke? Ini penjelasannya