Tahniah! UiTM bakal memberi diploma kepada 26,000 pelajar

Tahniah! UiTM bakal memberi diploma kepada 26,000 pelajar

Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menerima kemasukan seramai 26,000 pelajar asasi dan diploma bagi sesi pengambilan September depan.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, sebelum ini, lebih 70,000 permohonan telah dibuat bagi menyambung pengajian di universiti berkenaan.

Tahniah! UiTM bakal memberi diploma kepada 26,000 pelajar

“Sebanyak 76 program diploma ditawarkan bagi kemasukan sesi kali ini dan paling laris sudah tentu perakaunan dan komputer,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Program Semarak Siswa Madani (SSM) di Dewan Seri Bernam di sini pada Ahad.

Majlis perasmian itu disempurnakan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin.

Roziah berkata, sebanyak 60,000 pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dijangka membuat permohonan menyertai pelbagai program ditawarkan UiTM bagi kemasukan peringkat ijazah.

Ujar beliau, daripada jumlah itu 25,000 hingga 30,000 sahaja permohonan yang dipilih untuk kemasukan ke universiti berkenaan.

Mengulas mengenai pelaksanaan program SSM, Roziah berkata, inisiatif itu telah membawa inovasi dan idea baharu yang tercetus di Kementerian Pendidikan Tinggi (IPT) kepada masyarakat dengan memfokuskan jalinan akrab antara mahasiswa dan komuniti.

Beliau memberitahu, UiTM merupakan IPT terbesar dari segi jumlah penyertaan institusi dan bilangan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang SSM berlangsung.

BACA JUGA:

Tiktok Sanusi telah di sekat – SKMM keluarkan kenyataan baru

Kerana mulut badan binasa , pasangan suami isteri melecur akibat ketidakpuasan hati – Ini kisahnya

Terbongkar strategi 99speedmart yang membuatkan banyak pasaraya besar bankrup