Tak masuk akal, Peminat hadiahkan Shah Rukh Khan sebidang tanah di bulan

India mencipta sejarah apabila kenderaan peninjau kapal angkasa Chandrayaan-3 berjaya mendarat dan memulakan misi menerokai permukaan bulan pada Khamis.

Chandrayaan-3 muncul sebagai kapal angkasa pertama mendarat di kutub selatan bulan, bahagian yang belum diterokai.

Pendaratan itu dibuat menerusi misi yang dikatakan penting bagi penerokaan bulan dan kedudukan India sebagai kuasa angkasa, beberapa hari selepas pendaratan milik Russia yang terhempas.

Tak masuk akal, Peminat hadiahkan Shah Rukh Khan sebidang tanah di bulan

Di sebalik kejayaan misi itu, nama pelakon Shah Rukh Khan juga menjadi sebutan ramai apabila dia dikatakan memiliki sebidang tanah di bulan.

Memetik laporan India Today, Shah Rukh tidak membeli tanah tersebut sebaliknya menerimanya sebagai hadiah daripada peminat berasal dari Australia.

Menurut pelakon terkenal itu, tanah tersebut terletak di kawasan diberi nama Laut Ketenangan mengikut Lunar Registy.

Dakwanya, hadiah tersebut diberikan kepadanya bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada 2002.

“Seorang wanita warganegara Australia membeli sebidang tanah di bulan setiap tahun pada ulang tahun kelahiran saya.

“Saya juga telah menerima sijil daripada Persatuan Republik Lunar,” ujarnya.

Chandrayaan-3 berjaya mendarat dan memulakan misi menerokai permukaan bulan.

Sementara itu, peminat yang ingin dikenali sebagai Glamsham mengakui dia membeli tanah untuk Shah Rukh kerana sangat meminatinya.

Jelasnya, dia ingin melihat Shah Rukh Khan menjadi hero pertama berada di bulan.

“Saya mahu dia menjadi wira filem Hindi pertama di bulan! Saya mahu dia menjadi yang pertama dalam segala-galanya,” luahnya.

BACA JUGA:

Tular! Seorang budak perempuan meraung, pucat kepanasan ditinggalkan dalam kereta lebih 40 minit

”Duda, bujang semua tak laku. Laki orang yang di gilakan” – Rozita Che Wan geli dengan sikap perempuan zaman sekarang

6 tahun tak ada zuriat tak gelabah cari yang lain, berkat kesetiaan pasangan akhirnya dapat anak kembar