Tak sangka Aeril Zafrel tunai janji dengan 40 staff! Ini baru ‘the real celebrity creator of the year’

Pelakon dan selebriti media sosial, Aeril Zafrel meluahkan rasa syukur apabila berjaya memenangi kategori Celebrity Creator Of The Year pada Anugerah TikTok 2023.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata dia tidak menjangkakan bakal memenangi kategori tersebut.

Bagaimanapun, Aeril tidak menolak kemungkinan yang dirinya aktif membuat konten di TikTok menjadi salah satu faktor kepada kemenangannya.

Tak sangka Aeril Zafrel tunai janji dengan 40 staff! Ini baru ‘the real celebrity creator of the year’

Saya tidak jangka boleh menang. Apa pun saya tetap bersyukur dan berterima kasih kepada semua orang yang suka dengan konten saya hasilkan.

Saya tahu, saya antara selebriti di Malaysia yang rajin membuat konten di TikTok, mungkin sebab itu saya diangkat sebagai pemenang.

Aeril berkata demikian ketika ditemui di Anugerah TikTok 2023 yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC), pada Ahad.

Dalam masa sama, aktor berusia 34 tahun itu tidak menafikan bahawa TikTok telah membantu meningkatkan hasil jualan perniagaan yang diusahakannya bersama isteri yang juga aktres, Wawa Zainal.

Dengan kewujudan TikTok ini, saya tidak sangkal aplikasi ini telah membantu menaikkan hasil jualan produk yang saya dan isteri usahakan, malah dua kali ganda.

Yang penting kena rajin. Saya dan pasukan saya perlu berusaha dan rajin mempromosikan produk di TikTok, pasti ada hasilnya.

Melalui TikTok juga, saya boleh berniaga dengan cara zero cost (tanpa modal).

Sementara itu, Aeril turut berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal membawa seramai 40 orang pekerjanya bercuti ke Korea Selatan bagi meraikan kemenangannya.

Dengan kemenangan ini juga saya ingin maklumkan, saya akan bawak seramai 40 orang pekerja saya bercuti ke Korea Selatan.

Saya cadang sekitar bulan Oktober depan, insya-Allah. Saya lihat cuaca ketika itu pun cantik dan ramai pekerja saya tak pernah sampai ke sana. Boleh kami buat konten di sana juga.

BACA JUGA:

Ini tanda saya menghargai momen bapa minta sign Tunku Abdul Rahman – Pemuda

Ni baru rehearsal sebenar! Rakyat teruja tengok raptai penuh Hari Kemerdekaan terutama aksi abang bomba

Guru tiada simpati, murid patah kaki dipaksa panjat tangga untuk ke dewan peperiksaan