Tangan bayi bengkak dan bernanah selepas terima rawatan di Hospital Melaka – “Anak saya baru 1 bulan dah kena operate buang nanah”
Seorang lelaki mendakwa tangan anak saudaranya berusia dua bulan mengalami bengkak dan bernanah ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka (HM) baru-baru ini.
Individu dikenali sebagai Mohamad Izwan telah memuat naik posting di media sosial yang mendakwa keadaan tangan bayinya itu berubah ketika mendapatkan rawatan demam campak.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Ngwe Hee Sem berkata, susulan itu beliau meminta pihak Hospital Melaka (HM) menyiasat dakwaan terbabit.
Beliau berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai dakwaan individu terbabit bahawa berlaku kecuaian doktor apabila bahagian tangan kanan bayi malang itu yang dimasukkan jarum membengkak selepas 11 hari dirawat di hospital kerana demam campak.
“Saya telah menghubungi pengarah hospital terbabit untuk menyiasat perkara itu.
“Termasuk dakwaan individu terbabit yang memaklumkan doktor meminta dilakukan pembedahan untuk mengeluarkan nanah pada tangan bayi,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Selasa.
Sejak Isnin tular di media sosial mengenai dakwaan berlalu kecuaian di HM hingga menyebabkan tangan seorang bayi bengkak dan bernanah.
BACA JUGA:
Penggunaan telefon tak salah jika ada pemegang khas – PDRM
Ini 5 aroma paling berkesan untuk halau lipas di rumah! Mudah je rupanya