Penyanyi Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.30 petang Jumaat di Labuan.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 38 tahun di Hospital Licious Labuan.
Berita pemergian penyanyi lagu Untukmu itu disahkan oleh sahabatnya dikenali sebagai Munirah pada Jumaat.
Punca kematian masih tidak didedahkan.
“Benar, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Nukleus Labuan kira-kira pukul 1.30 petang tadi.
“Bagiamanapun saya tiada maklumat lebih lanjut mengenai pemergiaannya,” katanya
Munirah bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian Allahyarham.
Untuk rekod, Fairuz dikenali dengan gelaran klon P. Ramlee susulan mempunyai rupa paras dan vokal mirip dengan seniman berkenaan.
Allahyarham juga pernah menjuarai pertandingan bintang P. Ramlee peringkat kebangsaan pada 2012.
Fairuz dilahirkan di Sandakan, Sabah namun dibesarkan di Papar sebelum menetap di Labuan.
BACA JUGA:
Pelanggan kembang tekak bila tengok mangkuk mi celup, “Rasa nak tolong sental guna clorox”
Wanita kaya ketawa bila bekas suami nak beri nafkah anak kurang RM5
Netizen lelaki mahu jadikan Abang Tesla idola, idam peluk 2 wanita macam Abang Tesla