Tidur awal setiap hari tapi siang masih ngantuk? hati-hati anda bakal terkena penyakit berbahaya

Kadangkala, kita sudah cuba untuk minimumkan pengambilan gula, namun kadar gula dalam darah tetap tinggi. Mengapa ya?

Menurut seorang jurulatih di laman TikTok, Coach Frida, kita mungkin tidak perasan apakah jumlah sebenar gula dalam makanan yang diambil setiap hari. Jadi, mudah untuk kita ‘terlebih’ mengambil gula dalam pemakanan harian.

“Salah satu tanda gula lebih dalam badan ialah rasa keletihan yang amat sangat. Contohnya, anda selalu letih walaupun cukup tidur dan sudah rehat. Semasa saya di universiti dulu, saya selalu rasa perkara yang sama.

Tidur awal setiap hari tapi siang masih ngantuk? hati-hati anda bakal terkena penyakit berbahaya

“Walaupun cukup rehat dan tidur, saya masih boleh tertidur dalam kelas,” katanya.

Tambah Coach Frida, tanda kedua yang menandakan kadar gula dalam badan tinggi ialah sering alami masalah kulit.

“Contohnya jerawat, kulit kusam, ada juga yang alami ‘skin tag’. Kalau kulit selalu bermasalah, hati-hatilah, ini juga tanda gula tinggi dalam darah,” katanya.

“Yang ketiga, berat badan naik secara mendadak. Apabila kita telebih gula, ia akan disimpan dalam badan sebagai glikogen yang boleh menampung air dalam badan.

“Sebab itulah berat badan naik mendadak. Selain itu, gula yang berlebihan tadi juga boleh disimpan sebagai lemak,” katanya.

Tanda terakhir ialah susah tidur malam. Tambah Coach Frida, orang yang banyak ambil gula selalunya ada lebihan tenaga pada waktu malam jadi mereka sukar untuk melelapkan mata.

Menurut pakar, orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 8 jam tidur setiap hari. Bagaimanapun, sekiranya anda sering tidak mendapat tidur yang mencukupi, ada beberapa perubahan gaya hidup yang mungkin dapat membantu.

Contohnya, anda boleh:

-Cuba tidur pada waktu sama setiap hari
-Kekal aktif pada waktu siang
-Periksa ubat-ubatan yang diambil sekiranya ia boleh menyebabkan masalah tidur
-Jangan tidur siang
-Elakkan minuman berkafein
-Jangan makan terlalu banyak sebelum tidur
-Pastikan tempat tidur kemas dan selesa

Cuba periksa, adakah anda mempunyai tanda-tanda di atas? Jika ya, cuba ambil bacaan kadar gula dalam darah secepat mungkin!

BACA JUGA:

Leceh nak masak lala sebab kena kopek satu persatu! Ini cara mudah isi tercabut dari kulit dalam masa 2 minit

Gadis kongsi rahsia cantik kena makan burung merpati, betul ke? Ini penjelasannya

Datin Intan Najuwa tak kekok, tunjuk aksi memasak raih perhatian netizen, “Pandai masak, lawa, berpendidikan. Semuanya lengkap”